
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Esszone Diperkuat
Tawau, 19 Mei 2021 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menambah satu batalion Pasukan Gerakan Am...
Tawau, 19 Mei 2021 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menambah satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Lahad Datu, selain satu trup Komando VAT69 dan Unit Tindakan Khas bagi Sandakan serta Semporna.
Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, cadangan itu bertujuan memastikan tahap keselamatan di kawasan daratan serta perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), sentiasa pada tahap tertinggi seterusnya mengelakkan ia daripada dicerobohi penjenayah rentas sempadan.
"Untuk PGA ini, kita rancang dijadikan dua briged iaitu Briged Timur ESSCOM di Lahad Datu dan Briged Barat di Kota Kinabalu, yang mana setiap briged mempunyai tiga batalion di bawahnya.
"Perkara ini kita sudah kemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan kerana perairan ESSZONE boleh ditembusi dengan jangka masa antara 20 hingga 30 minit dari Indonesia atau Filipina," katanya baru-baru ini.
Selain itu, tambahnya, kawalan keselamatan di ESSZONE juga perlu diperkukuhkan dengan penambahan radar berteknologi tinggi, aset bot bagi Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta penambahan pos kawalan keselamatan air di barisan hadapan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Sumber: Sinar Harian