Sazali Bukti Keunggulan Buat Kali Ke 9
Sepang,
19 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi telah mengharumkan
nama Malaysia melalui kejayaan ke-9 Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad
dalam Kejohanan Bina Badan Dunia '5th WBPF World Championship' di
Budaors, Hungary bermula 13 November lalu.
Anak
kelahiran Batu Pahat, Johor bersama lima orang atlet bina badan lain
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan
menaiki pesawat Thai Airways TG 417. Meskipun masih dalam keadaan
keletihan namun mereka merasa amat gembira dengan sambutan dan sokongan
yang diberikan oleh Pegawai serta anggota polis malam tadi.
Ketibaan
mereka disambut oleh Dato' Abdul Ghafar bin Rajab, Timbalan Pengarah
Pengurusan (Pentabdiran) Bukit Aman. Turut serta adalah Pegawai Kanan
Polis mewakili setiap jabatan Bukit Aman, Pegawai Polis, Anggota Polis
dan ahli-ahli keluarga.
Seramai
250 atlet bina badan yang terdiri daripada 30 buah negara telah
terlibat di dalam kejohanan itu. Malaysia telah diwakili 5 atlet
termasuk S/Insp Sazali bin Abd Samad, Koperal Azahar bin Mohamed, SP
Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Buda anak Anchah dan Mohamad Roszaimi
Abdul Rani.
Bagi
S/Insp Sazali bin Abd Samad, ini merupakan satu kejayaan yang
membanggakan setelah 9 kali berturut-turut merangkul mahkota Mr.
Universe (Lightweight 70 KG) selepas Mr. Universe (Bangkok 2012) pada
tahun lepas. Turut terpilih adalah Koperal Azahar bin Mohamed dan SP
Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ( ketiga Body Classic).

Sumber : Unit Portal Dan Laman Sosial Rasmi PDRM