Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Wanita Dan Remaja Perempuan Ditahan Dalam Ops Banteras

Diterbitkan: 18 Jun 2014 5.38 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Sandakan, 19 Nov - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan Bandar Sandakan di sini hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-wanita-dan-remaja-perempuan-ditahan-dalam-ops-banteras
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:37 MYT

Sandakan, 19 Nov - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan Bandar Sandakan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata tiga wanita yang ditahan dalam operasi pada pukul 10.45 pagi itu berusia antara 23 hingga 39 tahun.

Beliau berkata serbuan dilakukan di sebuah premis di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Dua dan hasil pemeriksaan menemui buku kecil mengandungi catatan bayaran pelanggan dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Dua yang ditahan masing-masing memiliki pasport antarabangsa Filipina dan kad pelarian IMM 13, seorang lagi memiliki kad pengenalan permastautin tetap Malaysia dan remaja perempuan itu memiliki sijil lahir negara ini, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 5.38 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM