Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sazali Bukti Keunggulan Buat Kali Ke 9

Published: 18 Jun 2014 5.38 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Sepang, 19 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia melalui kejayaan ke-9 Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad dalam Kejohanan Bina Badan Dunia '5th WBPF World Cha..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sazali-bukti-keunggulan-buat-kali-ke-9
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:22 MYT

Sepang, 19 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia melalui kejayaan ke-9 Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad dalam Kejohanan Bina Badan Dunia '5th WBPF World Championship' di Budaors, Hungary bermula 13 November lalu.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor bersama lima orang atlet bina badan lain selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Thai Airways TG 417. Meskipun masih dalam keadaan keletihan namun mereka merasa amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh Pegawai serta anggota polis malam tadi.

Ketibaan mereka disambut oleh Dato' Abdul Ghafar bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) Bukit Aman. Turut serta adalah Pegawai Kanan Polis mewakili setiap jabatan Bukit Aman, Pegawai Polis, Anggota Polis dan ahli-ahli keluarga.

Seramai 250 atlet bina badan yang terdiri daripada 30 buah negara telah terlibat di dalam kejohanan itu. Malaysia telah diwakili 5 atlet termasuk S/Insp Sazali bin Abd Samad, Koperal Azahar bin Mohamed, SP Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Buda anak Anchah dan Mohamad Roszaimi Abdul Rani.

Bagi S/Insp Sazali bin Abd Samad, ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan setelah 9 kali berturut-turut merangkul mahkota Mr. Universe (Lightweight 70 KG) selepas Mr. Universe (Bangkok 2012) pada tahun lepas. Turut terpilih adalah Koperal Azahar bin Mohamed dan SP Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ( ketiga Body Classic).

Sazali Bukti Keunggulan Buat Kali Ke 9
Sumber : Unit Portal Dan Laman Sosial Rasmi PDRM

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.38 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM