Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu lagi pendekatan yang efektif dalam menukar persepsi negatif yang melibatkan hubungan PDRM dengan rakyat, masyarakat India khususnya dengan wujudnya program seperti ini- Program Sehari Bersama Pol..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/satu-malaysia-satu-matlamat-satu-tanggungjawab-pdrm-bersama-rakyat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:26 MYT

"Insya-Allah, dengan strategi dan implementasi yang betul dan berkesan, nescaya kita mampu mencapai matlamat ini. Dalam mencapai matlamat yang saya nyatakan tersebut (sasaran penurunan kadar indeks jenayah) saya akur bahawa PDRM tidak boleh bertindak bersendirian atau 'in silo'. Kami memerlukan buy-in dari semua pihak:- Masyarakat, Kerajaan dan PDRM." - YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.


Shah Alam , 23 April 2011 - Satu lagi pendekatan yang efektif dalam menukar persepsi negatif yang melibatkan hubungan PDRM dengan rakyat, masyarakat India khususnya dengan wujudnya program seperti ini- Program Sehari Bersama Polis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada hari ini.


Program anjuran Polis Kontinjen Selangor ini adalah hasil kolaborasi dengan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF), Jabatan Perdana Menteri, Malaysian Indian Congress (MIC), Persatuan Silambam, Hindu Youth Organization dan Bell Club di mana kehadirannya mencecah 1,000 pengunjung yang majoritinya adalah dari kaum India.


Objektif utama program ini adalah mendekatkan masyarakat India dengan Polis di samping mendedahkan mereka kepada organisasi PDRM pada masa yang sama, mencapai sasaran utama PDRM, iaitu mewujudkan 'Community Policing' untuk pencegahan jenayah secara berterusan.


Program mesra rakyat ini juga berkepentingan untuk mendekati dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India, memberikan penyelesaian dan cadangan kepada permasalahan mereka, memastikan bahawa kerajaan mengambil berat dan sedia membantu mereka dan meningkatkan keyakinan masyarakat India terhadap Polis.


YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar dalam ucapannya berkata, gandingan daripada SITF, MIC dan NGO kaum India telah menunjukkan kesungguhan yang begitu jelas dalam kesepakatan dan kerjasama erat antara masyarakat India untuk bekerjasama dengan PDRM dalam menjayakan satu aktiviti yang sihat dan bermanfaat untuk semua pihak.


YDH Timbalan Ketua Polis Negara itu juga berharap agar usaha-usaha mewujudkan program seperti ini juga dapat menarik kerjasama masyarakat terhadap peranan dan tanggungjawab di dalam aspek-aspek pencegahan jenayah, keselamatan diri dan harta benda termasuklah memelihara keamanan dan ketenteraman awam.


Tambahnya lagi, hasil daripada usaha penurunan kadar jenayah di negara ini pada tahun-tahun lepas telah memberi mandat dan motivasi baru kepada PDRM di mana barisan kepimpinan PDRM telah menetapkan sasaran baru yang lebih tinggi bagi mengurangkan jenayah jalanan dan jenayah indeks.


"Penetapan sasaran baru di bawah National Key Performance Indicators (NKPI) NKRA bagi tahun 2011 ini adalah untuk mengurangkan keseluruhan jenayah indeks sebanyak 5 peratus - a further reduction of 5 percent based on Year 2010 results, dan mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 40 peratus - a futher reduction of 20 percent based on Year 2009 results," ujarnya lagi.


Beliau juga menggalakkan penglibatan belia dalam program seperti ini di mana ianya dapat dijadikan platform untuk menanamkan budaya cintakan negara dan keamanan.


Di akhir ucapannya, beliau menyeru kepada semua masyarakat, kaum India khususnya, untuk turut sama-sama berjuang dan menyertai pasukan PDRM mengekalkan ketenteraman dan keamanan negara untuk kesejahteraan bersama.


Slot program seterusnya disusuli dengan aktiviti lawatan ke gerai pameran PDRM dan juga ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan serta pendaftaran Rakan Cop.


Program turut diwarnai dengan pertunjukan-pertunjukan Gayung Perang Komando 69, Pertunjukan Unit Anjing K9 serta persatuan silambam, combat tanpa senjata (CTS) & T-Batton dan berakhir di sebelah petang.


Turut hadir di program ini, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Datuk Dr. Denisoon Jayasooria, Setiausaha SITF (Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri), Y.Bhg Datuk Siva Subramaniam, Pakar Rujuk dan Ahli Tetap SITF (Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri), Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar menerima cenderahati daripada YB Datuk Dr. Denison Jayasooria, Setiausaha Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri
 
Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
Cenderahati kepada YDH Ketua Polis Selangor DCP Dato' Hj Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah

Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
Gimik Pelancaran Program Sehari Bersama Polis.

Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
Bergambar kenangan bersama YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
Persembahan Gayung Perang daripada Unit Komando 69 menarik perhatian ramai.

Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
Pertunjukan demo dari Unit K9 bagi menyedarkan masyarakat tentang jenayah.

Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
Penceramah jemputan memberi ceramah yang menarik kepada para peserta.

Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
Antara peserta yang hadir di Program Sehari Bersama Polis.



Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto     : Konst Raymond bin Martin
Penyunting  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM