Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Tahun Baru India

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis ini merupakan satu aktiviti 'Community Policing' bagi merapatkan hubungan di antara komuniti India dan pasukan Polis tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa. Lebih kurang 2000 orang komuniti Ind..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-tahun-baru-india
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:36 MYT

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU INDIA DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN, BANDAR KINRARA 1, PUCHONG

Puchong - 14 April 2011.

Bertempat di Kuil Sri Maha Mariamman, Bandar Kinrara 1, Puchong, pada jam 8.00 malam, telah berlangsung satu Majlis Sambutan Tahun Baru India.  Hadir di majlis tersebut, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan,Timbalan Ketua Polis Selangor, Supt. Abd. Razak Bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang, Pegawai - pegawai Kanan Polis serta anggota berbangsa India dan seluruh komuniti India di IPD Serdang.


Majlis ini merupakan satu aktiviti 'Community Policing' bagi merapatkan hubungan di antara komuniti India dan pasukan Polis tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa. Lebih kurang 2000 orang komuniti India telah hadir pada hari tersebut bagi melaksanakan upacara sembahyang menyambut Tahun Baru India.

Timbalan Ketua Polis Selangor telah membuka ucapan alu - aluan dalam bahasa Tamil dan beliau telah mengupas beberapa sajak - sajak India yang mana telah menarik perhatian seluruh hadirin yang hadir dengan mesej yang disampaikan. YDH  Dato' A. Thaiveegan juga mengajak masyarakat setempat supaya bersama - sama memerangi jenayah terutama komuniti India bagi membersihkan kawasan tersebut daripada di label sebagai 'Hot Spot' dan menukarkan kawasan itu sebagai 'Cold Spot'.

Dalam ucapan KPD Serdang pula, beliau telah mengetengahkan tentang isu - isu keselamatan setempat dan telah menerangkan bahawa kawasan Puchong yang merangkumi kawasan Pusat Bandar Puchong, Bandar Kinrara, Taman Kinrara dan Bandar Puteri merupakan kawasan 'Hot Spot'.

Selain itu, pihak kuil dan penyumbang utama majlis tersebut Encik Rajendran A/L Kanusamy telah menyediakan sumbangan berbentuk beras, gula dan makanan harian kepada mereka yang memerlukan. Pelajar - pelajar India yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu juga telah diberikan cenderahati.

Aktiviti sebegini menerapkan semangat kerjasama dalam mengwujudkan masyarakat yang berharmoni dan masyarakat prihatin (Caring Society).

Keseluruhannya aktiviti 'Community Policing' seumpama ini merupakan satu langkah yang tepat bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan boleh membawa keinginan dan kesediaan untuk memberi bantuan, sokongan dan kerjasama mereka kepada pasukan polis. Secara tidak langsung, situasi ini akan memberi kesan kepada kawalan dan penurunan kes jenayah di Malaysia.


Sambutan Tahun Baru India
Ketibaan YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor di sambut oleh C/Insp Lokman bin Ahmad, Ketua Polis Balai Puchong Jaya.

Sambutan Tahun Baru India
Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, Encik Ganesan a/l Kaniappan turut mengiringi YDH SAC Dato' A. Thaiveegan

Sambutan Tahun Baru India
Upacara sembahyang...

Sambutan Tahun Baru India
Antara komuniti India yang turut hadir di Majlis Sambutan Tahun Baru India

Sambutan Tahun Baru India
Ucapan oleh YDH Supt. Abd Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang

Sambutan Tahun Baru India
YDH Dato' A. Thaiveegan menyampaikan sajak dalam bahasa Tamil..

Sambutan Tahun Baru India
Menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pelajar-pelajar India yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM

Sambutan Tahun Baru India
Menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukannya...

Sambutan Tahun Baru India
Ketua Polis Daerah Serdang juga turut menyampaikan sumbangan

Sambutan Tahun Baru India
YDH Dato' A. Thaiveegan mengalungkan bunga kepada Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman

Sambutan Tahun Baru India
Bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Kuil


Berita / gambar : Cawangan Hal Ehwal Awam, IPD Serdang
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM