Satu Malaysia Satu Matlamat Satu Tanggungjawab Pdrm Bersama Rakyat
"Insya-Allah, dengan
strategi dan implementasi yang betul dan berkesan, nescaya kita mampu
mencapai matlamat ini. Dalam mencapai matlamat yang saya nyatakan
tersebut (sasaran penurunan kadar indeks jenayah) saya akur bahawa PDRM
tidak boleh bertindak bersendirian atau 'in silo'. Kami memerlukan
buy-in dari semua pihak:- Masyarakat, Kerajaan dan PDRM." - YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Shah
Alam , 23 April 2011 - Satu lagi pendekatan yang efektif dalam menukar
persepsi negatif yang melibatkan hubungan PDRM dengan rakyat, masyarakat
India khususnya dengan wujudnya program seperti ini- Program Sehari
Bersama Polis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Menara 1, Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Selangor pada hari ini.
Program anjuran Polis
Kontinjen Selangor ini adalah hasil kolaborasi dengan Pasukan Petugas
Khas Pelaksanaan (SITF), Jabatan Perdana Menteri, Malaysian Indian Congress (MIC), Persatuan Silambam, Hindu Youth Organization dan Bell Club di mana kehadirannya mencecah 1,000 pengunjung yang majoritinya adalah dari kaum India.
Objektif
utama program ini adalah mendekatkan masyarakat India dengan Polis di
samping mendedahkan mereka kepada organisasi PDRM pada masa yang sama,
mencapai sasaran utama PDRM, iaitu mewujudkan 'Community Policing' untuk pencegahan jenayah secara berterusan.
Program
mesra rakyat ini juga berkepentingan untuk mendekati dan mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India, memberikan
penyelesaian dan cadangan kepada permasalahan mereka, memastikan bahawa
kerajaan mengambil berat dan sedia membantu mereka dan meningkatkan
keyakinan masyarakat India terhadap Polis.
YDH DIG Dato'
Khalid bin Abu Bakar dalam ucapannya berkata, gandingan daripada SITF,
MIC dan NGO kaum India telah menunjukkan kesungguhan yang begitu jelas
dalam kesepakatan dan kerjasama erat antara masyarakat India untuk
bekerjasama dengan PDRM dalam menjayakan satu aktiviti yang sihat dan
bermanfaat untuk semua pihak.
YDH Timbalan Ketua Polis Negara
itu juga berharap agar usaha-usaha mewujudkan program seperti ini juga
dapat menarik kerjasama masyarakat terhadap peranan dan tanggungjawab di
dalam aspek-aspek pencegahan jenayah, keselamatan diri dan harta benda
termasuklah memelihara keamanan dan ketenteraman awam.
Tambahnya
lagi, hasil daripada usaha penurunan kadar jenayah di negara ini pada
tahun-tahun lepas telah memberi mandat dan motivasi baru kepada PDRM di
mana barisan kepimpinan PDRM telah menetapkan sasaran baru yang lebih
tinggi bagi mengurangkan jenayah jalanan dan jenayah indeks.
"Penetapan sasaran baru di bawah National Key Performance Indicators (NKPI) NKRA bagi tahun 2011 ini adalah untuk mengurangkan keseluruhan jenayah indeks sebanyak 5 peratus - a further reduction of 5 percent based on Year 2010 results, dan mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 40 peratus - a futher reduction of 20 percent based on Year 2009 results," ujarnya lagi.
Beliau
juga menggalakkan penglibatan belia dalam program seperti ini di mana
ianya dapat dijadikan platform untuk menanamkan budaya cintakan negara
dan keamanan.
Di akhir ucapannya, beliau menyeru kepada semua
masyarakat, kaum India khususnya, untuk turut sama-sama berjuang dan
menyertai pasukan PDRM mengekalkan ketenteraman dan keamanan negara
untuk kesejahteraan bersama.
Slot program seterusnya disusuli
dengan aktiviti lawatan ke gerai pameran PDRM dan juga ceramah yang
disampaikan oleh penceramah jemputan serta pendaftaran Rakan Cop.
Program
turut diwarnai dengan pertunjukan-pertunjukan Gayung Perang Komando 69,
Pertunjukan Unit Anjing K9 serta persatuan silambam, combat tanpa
senjata (CTS) & T-Batton dan berakhir di sebelah petang.
Turut
hadir di program ini, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun
Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua
Polis Selangor, Y.Bhg Datuk Dr. Denisoon Jayasooria, Setiausaha SITF
(Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri), Y.Bhg
Datuk Siva Subramaniam, Pakar Rujuk dan Ahli Tetap SITF (Jawatankuasa
Kabinet Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri), Ketua-ketua Jabatan,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

YDH
DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar menerima cenderahati daripada YB Datuk
Dr. Denison Jayasooria, Setiausaha Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan
(SITF) Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri

Cenderahati kepada YDH Ketua Polis Selangor DCP Dato' Hj Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah

Gimik Pelancaran Program Sehari Bersama Polis.

Bergambar kenangan bersama YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Persembahan Gayung Perang daripada Unit Komando 69 menarik perhatian ramai.

Pertunjukan demo dari Unit K9 bagi menyedarkan masyarakat tentang jenayah.

Penceramah jemputan memberi ceramah yang menarik kepada para peserta.

Antara peserta yang hadir di Program Sehari Bersama Polis.
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : Konst Raymond bin Martin
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan