Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sarang Burung Kotak Ikan

Published: 23 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pandamaran: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 berjaya merampas 86 bungkus sarang burung walit seberat 51.6 kilogram dalam operasi yang dijalankan di sekitar laut Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sarang-burung-kotak-ikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:13 MYT

Pandamaran: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 berjaya merampas 86 bungkus sarang burung walit seberat 51.6 kilogram dalam operasi yang dijalankan di sekitar laut Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusuf Abdullah berkata, rondaan yang dijalankan empat anggota PPM telah menahan dan memeriksa sebuah Bot Barter Trade yang sedang dalam perjalanan dari Panipahan, Indonesia ke Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit mendapati sejumlah sarang burung walit dianggarkan bernilai RM154,800 dipercayai cuba diseludup ke dalam negara”, katanya.

Hasil rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk siasatan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Sumber: Harian Metro

Sarang Burung Kotak Ikan

ArticlePublished 23 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM