Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhubungan Awam Pdrm

Diterbitkan: 23 Jan 2015 4.59 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.31 PM
Bidang perhubungan awam adalah penting bagi sesebuah organisasi kerana ia merupakan medium perantaraan antara organisasi itu dengan masyarakat dalam menyampaikan segala maklumat atau aktiviti yang di lakukan oleh organisasi berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhubungan-awam-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:30 MYT

Bidang perhubungan awam adalah penting bagi sesebuah organisasi kerana ia merupakan medium perantaraan antara organisasi itu dengan masyarakat dalam menyampaikan segala maklumat atau aktiviti yang di lakukan oleh organisasi berkenaan. 

Jelasnya, ia berperanan sebagai pemberi maklumat, pemberi sokongan, medium komunikasi dan juga medium hubungan antara pelanggan dan sesebuah organisasi. 

Seiring dengan keperluan semasa, khidmat seseorang pegawai perhubungan awam bukan sahaja sebagai perantara, malah turut meliputi aspek perundingan. 

Justeru, aspek perhubungan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sangat signifikan disebabkan kebergantungan antara PDRM dan masyarakat.

Ikuti nukilan Ketua Polis Negara dalam ruangan kali ini berkenaan peranan perhubungan awam PDRM pada kali ini.

Sumber: Harian Metro

Perhubungan Awam Pdrm

ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2015 4.59 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.31 PM