Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sar Ex Kinabalu 2022 Uji Keupayaan Pgu Dan Agensi Keselamatan Negara

Published: 06 Jun 2022 10.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hampir tujuh tahun tragedi gempa melanda Gunung Kinabalu, tahap kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia khasnya Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta beberapa pihak berkuasa lain di bawah badan mencari dan menyelamat (SAR) diuji keupayaan mereka menerusi Eksesais SAR (SAR.EX) Kinabalu 2022 yang diadakan selama dua hari.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sar-ex-kinabalu-2022-uji-keupayaan-pgu-dan-agensi-keselamatan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT
Ranau, 6 Jun 2022 - Hampir tujuh tahun tragedi gempa melanda Gunung Kinabalu, tahap kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia khasnya Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta beberapa pihak berkuasa lain di bawah badan mencari dan menyelamat (SAR) diuji keupayaan mereka menerusi Eksesais SAR (SAR.EX) Kinabalu 2022 yang diadakan selama dua hari.

Latihan bermula 5 Jun lalu itu diterajui Taman-taman Sabah di bawah Kerajaan Negeri, membabitkan simulasi SAR di kawasan pergunungan dan darat.

Ia turut membabitkan Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia.

PGU Pangkalan Sabah menggunakan aset helikopter AW139 9M-PMA untuk membawa mangsa simulasi turun dari ketinggian 10,700 kaki dari aras laut ke tapak pendaratan Panalaban sehingga pekan Kundasang.

Mengulas latihan itu, Ketua Polis Daerah Ranau juga selaku "Ground Commander", DSP Simiun Lomudin berkata, fokus utama simulasi itu adalah untuk mewujudkan jalinan kolaborasi di antara agensi penyelamat negeri Sabah selain menguji tahap keupayaan mereka ketika berhadapan gempa bumi.

Jurugambar: Ehsan Pasukan Gerakan Udara (PGU)

May be an image of 4 people, outdoors and text that says 'M-PMA A'

May be an image of 5 people and mountain

May be an image of 1 person, helicopter and outdoors

May be an image of 5 people, helicopter and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, helicopter and outdoors

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of 5 people, outdoors and text that says 'MALAYSIA DIRAJA MALAYSIA'

May be an image of 8 people, helicopter and outdoors

May be an image of 1 person, outdoors, tree and text that says 'SIMULASI MENCARI & MENYELAMAT (SAR) GUNUNG KINABALU SIRI KE- 3 05-06 JUN 2022 TAMAN KIN
ArticlePublished 06 Jun 2022 10.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM