Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Antara Tokoh Yang Dianugerahkan Gelaran Tan Sri Sempena Dkbpp Tahun 2022

Diterbitkan: 06 Jun 2022 11.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Jun 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-antara-tokoh-yang-dianugerahkan-gelaran-tan-sri-sempena-dkbpp-tahun-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:16 MYT
Kuala Lumpur, 6 Jun 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain.

Seri Paduka Baginda mengurniakan darjah kebesaran Persekutuan itu kepada Tan Sri Razarudin pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) Tahun 2022, yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, di sini.

Turut berangkat pada istiadat tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Hadir sama, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Seorang lagi penerima P.S.M. ialah bekas Timbalan KPN, pesara DIG Tan Sri Hj. Mazlan Lazim manakala dua Pengarah Polis Diraja Malaysia dan seorang Ketua Polis Negeri (KP) bersama bekas KP Negeri dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Abd Jalil Hassan, KP Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dan pesara CP Datuk Shafien Hj. Mamat.

Pada istiadat pagi tadi, seramai 45 tokoh dalam dan luar negara menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan yang bersiaran secara langsung menerusi TV1 Radio Televisyen Malaysia.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Timbalan KPN dan semua penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan pada tahun ini.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 15 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of standing, outdoors and monument

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 8 people, people standing, headscarf and indoor
ArtikelDiterbitkan 06 Jun 2022 11.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM