Taktik
pelanggan sebuah restoran di sini menyorokkan gadis petayan pelanggan
(GRO) di bawah meja tidak berjaya apabila sepasukan polis dari Bahagian
Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menghidu taktik berkenaan.
Pegawai
Turus D7 IPK Perak, Superintendan Hasbullah Ali berkata, serbuan yang
dibuat di sebuah restoran di dalam sebuah lading kelapa sawit itu
berjaya menahan seramai 27 wanita Vietnam berumur 18 hingga 30 tahun
dipercayai dijadikan sebagai GRO.
Menurutnya,
ketika serbuan dibuat, GRO berkenaan asyik melayan pelanggan dan tidak
menyedari kehadiran pihak berkuasa. "Apabila mereka menyedari kehadiran
kami, GRO berkenaan terus melarikan diri dan ada sebilangannya cuba
disembunyikan di bawah meja namun kami berjaya menahan mereka.
''Akibatnya, ada sebilangan mereka mengalami luka-luka kecil kerana
terjatuh semasa melarikan diri’' katanya,
Sumber : Sinar Harian

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sanggup Sembunyi Bawah Meja
Pegawai Turus D7 IPK Perak, Superintendan Hasbullah Ali berkata, serbuan yang dibuat di sebuah restoran di dalam sebuah lading kelapa sawit itu berjaya menahan seramai 27 wanita Vietnam berumur 18 hin..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sanggup-sembunyi-bawah-meja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.