SHAH
ALAM, 16 Januari – Pihak polis telah menahan empat lelaki dan seorang
wanita berumur Antara 18 hingga 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam
kes samun seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia(APMM) Pahang di lebuhraya SKVE berhampiran Hospital Serdang.
Kesemua
mereka berjaya ditahan sepasukan polis dari Kontinjen Selangor dan
Kelantan dalam beberapa serbuan rumah di Kota Bharu, Bachok dan Kubang
Krian Kelantan.
Ketua
Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam
sidang media sebentar tadi memberitahu bahawa dengan tertangkapnya
kelima-lima individu ini pihak polis berjaya menyelesaikan kes tersebut
serta beberapa kes samun di Hulu Selangor dan Damansara.
Tambahnya
lagi semasa serbuan dilakukan pihak polis turut menjumpai sepucuk
pistol yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah samun terhadap
pegawai kanan APMM tempoh hari. Polis juga turut merampas senjata
parang, beberapa butir peluru serta pelbagai jenis telefon bimbit untuk
siasatan lanjut.
Dalam
perkembangan sama, beliau turut memaklumkan dua daripada mereka yang
ditahan mempunyai enam rekod kesalahan lampau jenayah dan dadah. Kes
disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 FIPA.
Kesemua mereka direman sehingga 19 Januari 2014.

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Samun Pegawai Apmm 5 Ditahan
SHAH ALAM, 16 Januari – Pihak polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berumur Antara 18 hingga 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes samun seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Pahang di lebuhraya SKVE berhampiran Hospital Serdang. Kesemua mereka berjaya ditahan sepasukan polis dari Kontinjen Selangor dan Kelantan dalam beberapa serbuan rumah di Kota Bharu, Bachok dan Ku
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/samun-pegawai-apmm-5-ditahan
Scan to view the latest live version.