Sambutan Rumah Terbuka Jabatan Pengurusan
"Terima
kasih kepada semua yang hadir pada petang ini, meraikan Majlis Rumah
Terbuka Jabatan Pengurusan", YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene,
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
foto : L/Kpl Santher Kumar a/l Sehgar & L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
BUKIT
AMAN - 10 September 2012. Bertempat di Mes Pegawai Bukit Aman pada
petang ini, Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah mengadakan Majlis
Sambutan Rumah Terbuka yang turut di hadiri oleh YDH Tan Sri Dato' Seri
Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Datin
Seri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Turut
hadir, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis
Negara dan isteri, Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim serta YDH
Dato'- Dato' Pengarah PDRM.
Sempena
Majlis Rumah Terbuka ini, YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah
Pengurusan juga turut meraikan pegawai serta anggota dari Jabatan
Pengurusan yang bertukar ke lain-lain jabatan dan meraikan 42 orang
bakal-bakal haji.
Tetamu
yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah yang enak seperti nasi
tomato, lemang, roti jala, laksa, satay dan pelbagai kuih muih dan
dihiburkan oleh Okestra PDRM dan Ghazal PDRM.

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Sepanjang majlis berlangsung...










Ucapan oleh YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan...

Okestra PDRM dan Ghazal PDRM...





Penyampaian
cenderahati oleh YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan
kepada pegawai dan anggota dari Jabatan Pengurusan yang bertukar ke
lain-lain jabatan serta bakal-bakal haji...

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara meninggalkan majlis...