Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman

Published: 09 Jun 2014 1.33 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Bukit Aman - 20 April 2007. Dengan tema 'Insan Cemerlang, Ummah Gemilang'..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-maulidur-rasul-peringkat-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:35 MYT
Bukit Aman - 20 April 2007. Dengan tema 'Insan Cemerlang, Ummah Gemilang', Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman telah diadakan di perkarangan Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman.
Hadir dimajlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Najib Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan, Timbalan-timbalan pengarah, Pegawai-pegawai kanan, anggota dan kakitangan awam Bukit Aman.
Majlis dimulai dengan 'Selawat' ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan perarakan sepanduk-sepanduk antara jabatan-jabatan. Di majlis itu juga, satu ceramah agama telah diadakan dengan penceramah jemputan yang diundang , Mohd Farid Ravi Abdullah, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
ArticlePublished 09 Jun 2014 1.33 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM