Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Exco Pprpd Malaysia Mesyuarat Di Sarawak Jadikan Pdrm Terbilang Di Dunia

Diterbitkan: 09 Jun 2014 1.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Kuching - Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) Polis Diraja Malaysia telah mengadakan mesyuarat di Sarawak. Mesyuarat yang diadakan di Kuching itu bertujuan menyampaikan Amanat KPN di samping merapa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/exco-pprpd-malaysia-mesyuarat-di-sarawak-jadikan-pdrm-terbilang-di-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:01 MYT

Kuching - Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) Polis Diraja Malaysia telah mengadakan mesyuarat di Sarawak. Mesyuarat yang diadakan di Kuching itu bertujuan menyampaikan Amanat KPN di samping merapatkan hubungan di antara ahli-ahli PPRPD di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Pengerusi PPRPD Malaysia, Sub. Insp. Jamal Abdullah telah mempengerusikan Mesyuarat Exco PPRPD Bil. 1/2007 yang julung kali diadakan di Sarawak. Mesyuarat tersebut telah diadakan mulai 17-21 April 2007 yang lalu.

Pada masa yang sama, sempena Mesyuarat Exco PPRPD Malaysia yang berlangsung di Kuching itu, telah mencatat sejarah apabila Exco PPRPD Malaysia bersama perwakilan PPRPD Kontinjen Sarawak telah memilih kain pakaian seragam PDRM iaitu jenis 'Toray' Superior Gaberdine F3243J untuk dibekal dan digunapakai oleh semua peringkat pegawai dan anggota yang dijangka pada tahun 2008.

Exco Pprpd Malaysia Mesyuarat Di Sarawak Jadikan Pdrm Terbilang Di Dunia
Exco PPRPD Malaysia bergambar kenangan bersama YDH Dato' Talib Bin Jamal, Pesuruhjaya Polis Sarawak.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 1.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM