Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m

Published: 09 Jun 2014 9.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman - 16 Mac 2009. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430H/2009M dengan tema 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' telah diadakan di perkarangan, Bangunan 4 Tingkat dan Dewan Serbaguna Buk..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-maulidur-rasul-peringkat-bukit-aman-1430h-2009m
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:53 MYT

Bukit Aman - 16 Mac 2009. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430H/2009M dengan tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" telah diadakan di perkarangan, Bangunan 4 Tingkat dan Dewan Serbaguna Bukit Aman.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa bin Dato' Hj Hassan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai kanan, anggota dan kakitangan awam Bukit Aman.

Majlis dimulai dengan 'Selawat' ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan perarakan sepanduk-sepanduk antara jabatan-jabatan.

Di Majlis itu juga, Satu Forum Perdana bertajuk "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" telah disampaikan oleh 3 orang panel jemputan iaitu Y.Bhg. Mej. Jen. Dato' Haji Jamil Khir bin Baharom, Pengarah Jabatan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, Y.Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan Y.Bhg. Ustaz Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, Pensyarah Jabatan Sejarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). Moderator untuk Forum Perdana ini ialah Ustaz Zamri bin Haji Zainal Abidin, Penerbit IKIM.fm, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Johan Sepanduk dimenangi Cawangan Khas, kedua, Jabatan KDN/KA dan ketiga, Jabatan Pengurusan.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Bacaan doa diketuai oleh Y. Bhg. Ustaz Haji Hasa Alfadhli bin Abdul Rahman Alhafiz.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Kumpulan Perarakan yang terdiri daripada Jabatan-jabatan PDRM.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Perarakan bermula dari Perkarangan Bangunan 4 Tingkat ke Masjid Bukit Aman

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Dari  Cawangan Khas.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Dari Jabatan KDN/KA

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Panel-panel jemputan untuk Forum Perdana.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 1430h 2009m
Suasana di Forom Perdana di Dewn Serbaguna MAsjid Bukit Aman.

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM