Sambutan Maal Hijrah 1430h Peringkat Bukit Aman
Bukit Aman - 23 Januari 2009. Sempena Maal Hijrah 1430H yang jatuh pada 29 Disember 2008, Jawatankuasa Pentadbir Masjid telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Bukit Aman di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman pada hari ini.
Hadir di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM, YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, YDH SAC I Dato' Zaleha bt. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC II Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan , anggota serta kakitangan awam.
Di majlis tersebut telah diadakan ceramah bertajuk " Keberkatan Rezeki" yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Zahazan bin Mohamad, Pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

kiri...YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM hadir bersama YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM di Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Bukit Aman

Turut hadir...Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati Md. Sobri, isteri YDH Timbalan Ketua Polis Negara (kanan)

Antara pegawai-pegawai kanan yang hadir

Pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM

Ceramah bertajuk " Keberkatan Rezeki" yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Zahazan bin Mohamad, Pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.