Sepang - 21 Januari 2009. Latihan Serbuan Kapal Terbang oleh Unit Tindakan Khas (UTK) telah di dakan di Mas Kargo, Malaysia Airline System (MAS).
Hadir menyaksikan persembahan yang menarik itu ialah YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA, dan YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA.
Turut hadir ialah YDH SAC 1 Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK), YDH SAC II Jaafar bin Mohd Yusof, Komander UTK, YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad Komander PSP, YDH SAC II Dato' Chuah Ghee Lye, Komander Unit Udara Polis, YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA serta Pegawai-Pegawai Kanan PDRM.
Sebelum menyaksikan persembahan latihan tersebut, YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA telah diberikan taklimat di Balai Polis KLIA dan menerima tabik hormat dan membuat pemeriksaan lalu Pasukan Unit Tindakan Khas.
Pada1 Januari1975, kerajaan telah menubuhkan satu unit khas Pasukan Polis Diraja Malaysia dan unit tersebut telah dinamakan Unit Tindakan Khas (UTK). Pada keseluruhannya, UTK mempunyai peranan yang berbagai-bagai dan menjalankan tugas untuk kes-kes besar serta serius seperti :-
1. Menentang Gerila Bandar, kumpulan-kumpulan pengganas, kumpulan-kumpulan subversif dan juga pertubuhan-pertubuhan pelampau.
2. Kejadian jenayah yang besar di mana berkehendakkan UTK membantu tugas-tugas Jabatan Siasatan Jenayah
3. Mengadakan 'bodyguard' bagi keselamatan orang-orang VVIP tempatan dan pelawat-pelawat dari luar negeri yang difikirkan perlu.
4. Lain-lain tanggungjawab yang diarahkan oleh YDH Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.
Berkuatkuasa 20 Oktober 1997, Unit Tindakan Khas telah digabungkan dengan Komando 69 dan dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas.
Latihan Serbuan Kapal Terbang ini adalah salah satu latihan bulananyang rutin dijalankan kepada pegawai dan anggota Unit Tindakan Khas. Latihan ini bertujuan untuk memperkemaskan lagi serta memantapkan kecekapan pegawai dan anggota ketika berlaku situasi yang sebenar. Pihak MAS juga telah memberi kerjasama yang padu kepada PDRM dengan menyediakan kapal terbang yang berbeza setiap kali latihan dijalankan.

Pasukan Unit Tindakan Khas PDRM dengan peralatan yang lengkap, bersiap sedia untuk menjalani latihan serbuan kapal terbang di MAS Kargo.

YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA melihat 'Klepper Flatbolt Kayak', antara medium peralatan yang digunakan oleh Unit Tindakan Khas.

YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama para jemputan, menyaksikan latihan di MAS Kargo

Kecekapan UTK memang diiktirafkan antara pasukan elit terbaik di dunia...

Pantas...serbuan di pintu kecemasan

Senyap...dalam masa tidak sampai5 saat, pasukan UTK telah berada didalam pesawat dan berjaya menumpaskan pengganas dan membebaskan tebusan.

Terkawal....tebusan berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Dengan pantas keluar dari kawasan serbuan...

Selesai mempersembahkan Latihan Serbuan Kapal Terbang.

YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA menerima beret maroon dari YDH SAC II Jaafar bin Mohd Yusof, Komander UTK
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Latihan Serbuan Kapal Terbang
Latihan ini bertujuan untuk memperkemaskan lagi serta memantapkan kecekapan pegawai dan anggota ketika berlaku situasi yang sebenar...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/latihan-serbuan-kapal-terbang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.