Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Hari Wanita 2013

Published: 12 Jun 2014 7.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hari ini bukanlah sambutan kepada wanita semata-mata tetapi satu misi untuk terus memartabatkan peranan wanita di negara ini. Status wanita dalam masyarakat, merupakan ukuran sama ada negara itu dinam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-wanita-2013
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:27 MYT

Respek Wanita : Masyarakat Sejahtera
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

KUALA LUMPUR : 25 Ogos 2013. Sambutan Hari Wanita mula diadakan pada tahun 1962, merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara.

" Hari ini bukanlah sambutan kepada wanita semata-mata tetapi satu misi untuk terus memartabatkan peranan wanita di negara ini. Status wanita dalam masyarakat, merupakan ukuran sama ada negara itu dinamik serta progresif kerana wanita itu adalah batu asas keluarga yang sejahtera dan tunjang kepada Negara", ucap YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Andul Razak, Perdana Menteri Malaysia didalam ucapan beliau sempena Hari Wanita 2013 yang bertemakan Respek Wanita : Masyarakat Sejahtera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tema Hari Wanita 2013 adalah bertepatan pada masanya kerana keganasan terhadap wanita merupakan isu global yang masih menghantui kebanyakan negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani binti Abdul Karim berkata, tema ini dipilih khusus untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan lelaki mengenai perkongsian hak dan tanggungjawab dalam mewujudkan masyarakat yang bebas dari segenap bentuk diskriminasi dan keganasan.

Beliau turut berkata, KPWKM sentiasa prihatin dan komited dalam melindungi dan memperkasakan wanita melalui program-program dengan kerjasama strategik agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan anggota masyarakat.

Sempena Sambutan Hari Wanita 2013, seramai 6 individu daripada pelbagai kategori sebagai ikon di dalam usaha, dedikasi dan komitmen mereka dalam membanteras keganasan terhadap wanita telah diberi anugerah Pengiktirafan Respek Wanita yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Antara yang hadir, YABhg Datin Seri Rosmah binti Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Ybhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Menteri-menteri Kabinet, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan dan kira-kira 5 ribu tetamu jemputan.

Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Forum...Supt. Ong Chin Lan, Superintendent Bahagian Siasatan Seksual, Keganasan Rumahtangga dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Bukit Aman. Beliau juga merupakan kaunselor berdaftar dan telah dilantik oleh KPWKM sebagai anggota Lembaga Kaunselor sejak tahun 2007

Sambutan Hari Wanita 2013
Turut hadir...dari kiri, YDH DCP Dato' Zubaidah bt. Md Ismail, YDH DCP Dato' Zaleha bt. Abd Rahman dan YDH SAC Dato' Nahariah bt. Hussein.

Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Antara tetamu jemputan yang hadir...

Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Sambutan Hari Wanita 2013
Turut hadir..Pegawai dan anggota Polis Wanita

Sambutan Hari Wanita 2013
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia

Sambutan Hari Wanita 2013
Ucapan alu-aluan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani binti Abdul Karim

Sambutan Hari Wanita 2013
Ucapan Perasmian oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Andul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Sambutan Hari Wanita 2013
Gimik Perasmian Sambutan Hari Wanita 2013

Sambutan Hari Wanita 2013
YAB Perdana Menteri bergambar kenangan bersama Penerima Pengiktirafan Respek Wanita

ArticlePublished 12 Jun 2014 7.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM