Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ops Cantas Narkotik 2013 Buahkan Hasil

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepanjang operasi ini berjalan, JSJN telah memberi fokus secara komprehensif terhadap elemen-elemen berkaitan dengan aktiviti pengedaran dadah yang menjurus ke arah aktiviti jenayah...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-cantas-narkotik-2013-buahkan-hasil
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:30 MYT
Ops Cantas Narkotik 2013 Buahkan Hasil
YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN PDRM semasa sidang media pada hari ini..



BUKIT AMAN, 26 OGOS - Lanjutan Ops Cantas yang dilancarkan baru-baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah melancarkan Ops Cantas Narkotik 2013 bermula 23 sehingga 25 Ogos 2013 lalu.

Sepanjang operasi ini berjalan, JSJN telah memberi fokus secara komprehensif terhadap elemen-elemen berkaitan dengan aktiviti pengedaran dadah yang menjurus ke arah aktiviti jenayah.

Operasi ini dilaksanakan di seluruh negara dengan menggerakkan kekuatan pegawai serta anggota dari JSJN yang terlatih di peringkat kontinjen dan daerah.

Hasil daripada operasi ini, JSJN telah berjaya membuat sebanyak 1911 tangkapan dan 1772 kes telah dibuka dan daripada hasil tangkapan tersebut juga, 26 kes terdiri daripada tangkapan kes menarik yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang melibatkan 39 tangkapan.

Dalam pada itu, pihak polis turut merampas sejumlah 10,410.41 gram heroin, 6,793.35 gram syabu, 778.91 gram ganja dan 1097 biji pil erimin 5 hasil daripada tangkapan tersebut.

Ini turut disusuli dengan tangkapan seramai 30 ahli kongsi gelap yang terdiri daripada kumpulan kongsi gelap Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng 18 yang dipercayai turut terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM