Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sejak ditubuhkan 54 tahun lalu, PSP telah berjaya mempamerkan kemampuan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Pelbagai cabaran dan rintangan telah dihadapi semasa menguatkuasakan undang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-ulangtahun-pasukan-simpanan-persekutuan-yang-ke-54-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:47 MYT

Cheras  24 Disember 2009 - Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) atau dikenali juga sebagai Federal Reserve Unit (FRU) ditubuhkan pada 5 Disember 1955 dan berpengkalan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL). Sebagai permulaan, 3 Terup iaitu 'A', 'B' dan 'C' telah ditubuhkan bersama dengan Cawangan Latihan (Trainning Wing) dan ditempatkan di Kuala Lumpur. Keanggotaan ketika itu adalah seramai 300 orang sahaja.

Pada 3 November 1956 jumlahnya bertambah menjadi 5 Terup dengan penubuhan dua terup lagi iaitu 'X' dan 'Y' dan ditempatkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Pada 22 Ogos 1984 , PDRM telah menubuhkan Unit Berkuda PDRM yang diletakkan bersama-sama dengan PSP dan ditempatkan di Kuala Lumpur. Bagi memantapkan tindakan dalam menyuraikan rusuhan, Cawangan Water Canon telah ditubuhkan pada 13 Jun 1986. Di awal penubuhannya, terdapat hanya 2 buah kenderaan yang telah dihadiahkan oleh kerajaan Taiwan. Pada 13 Jun 1990, Water Canon diletakkan di bawah perintah dan kawalan Komander PSP dengan kekuatan 11 buah kenderaan.

Pada awal tahun 1974 berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa tunjuk perasaan, rusuhan, piket, mogok dan kejadian yang melibatkan ramai kaum wanita dan kanak-kanak, pucuk pimpinan PDRM berpendapat perlunya diwujudkan satu kumpulan Polis wanita bagi menangani keadaan tersebut. Pada 1 Julai 1974, satu Terup Wanita PSP telah diwujudkan dengan kekuatan seorang pegawai berpangkat Inspektor, seorang Sarjan, 3 Kopral dan 35 mata-mata wanita, ditempatkan di Kuala Lumpur. 

Kini PSP mempunyai sebanyak 7 Unit di bandar-bandar utama yang ditempatkan bersama 7 unit Water Canon, 1 Pusat Latihan PSP, 1 Unit Berkuda dan 1 Terup Wanita. Pengkalan-pengkalan Unit PSP terletak di Kuala Lumpur ( PSP 1, 4, Terup Wanita, Unit Berkuda), Ipoh (PSP 5), Pulau Pinang PSP 3), Johor Bahru (PSP 2), Kuala Terengganu (PSP 6) dan Seremban (PSP 7).

Sejak ditubuhkan 54 tahun lalu, PSP telah berjaya mempamerkan kemampuan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Pelbagai cabaran dan rintangan telah dihadapi semasa menguatkuasakan undang-undang negara. Tidak dapat dinafikan, PSP telah memainkan peranan yang sangat penting dan berkesan serta mencapai banyak kejayaan semasa menjalankan tugas. Antaranya ialah :-
Rusuhan Kaum                    - 13 Mei 1969
Peristiwa Memali                 - 9 November 1985
Rusuhan Isu Tol di Cheras     - 7 September 1990

Selain itu, pelbagai demontrasi jalanan sejak akhir-akhir ini telah berjaya ditangani dengan penuh profesional dan bertanggungjawab. Cabaran-cabaran sedemikian dapat diatasi dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tragis berlaku. Pelaksanaan tugas dan tanggungjawab PSP berpaksikan kepada prinsip-prinsip berikut semasa menjalankan tugas :-
- Menggunakan daya kuasa yang minima
- Adil dan bertindak mengikut keadaan
- Bertindak berlandaskan undang-undang dan mengikut piawaian antarabangsa

Kemampuan dan prestasi PSP bukan sahaja terbukti dalam negara, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memohon kepada PDRM bagi menempatkan PSP dibawah panji -panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Timor Leste bagi mengawal rusuhan dan ketenteraman awam di sana. Ini merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap kemampuan Pasukan Simpanan Persekutuan PDRM.

Sempena Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke-54 Tahun, PSP telah mengadakan pelbagai program bagi sambutan itu. Program-program tersebut ialah :-
1. Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim/Miskin Perak (Yayasan Amanah An-Nur Maisarah) di Unit 5, PSP Perak pada 2 Disember 2009.
2. Program Derma Darah di Mes Pegawai Kanan PSP Cheras pada 5 Disember 2009.
3. Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Surau Ehsanniah, PSP Cheras pada 10 Disember 2009.

Pada pagi ini, bertempat di Padang Kawat PSP Cheras, telah berlangsung Upacara Perhimpunan Sempena Hari Ulang Tahun Penubuhan PSP Ke-54 Tahun.

Hadir dimajlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Turut hadir ialah YDH CP Datuk Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Mantan-mantan Komander PSP, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota serta PERKEP PSP.

Dimajlis ini juga, YDH Ketua Polis Negara telah menyempurnakan pemakaian 'Shoulder Flash'  kepada 27 orang pegawai dan anggota semua Unit PSP. Lencana baru PSP, 'Harimau Kumbang ' ini melambangkan ketangkasan dan keberanian serta dapat membezakan identiti unit-unit yang lain seperti PORU dan LSF, disamping dapat meningkatkan imej unit dan mendatangkan unsur kegerunan terhadap pasukan.

Majlis dimulai dengan Pemeriksaan Baris oleh YDH Ketua Polis Negara dengan menaiki kenderaan istiadat, upacara pemakaian 'Shouler Flash' dan juga persembahan Kawad Rusuhan, Rhythmix Martial Arts dan Seni Mempertahankan Diri Pancang 12.

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Pemeriksaan Baris oleh YDH Ketua Polis Negara. Perhimpunan pagi ini terdiri daripada 50 orang pegawai dan 350 anggota  yang mewakili seluruh unit PSP, diketuai oleh DSP Alexzandera bin Dawan sebagai Pegawai Pemerintah Baris

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
YDH Ketua Polis Negara menyematkan lencana PSP kepada ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan Komander PSP

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Menyematkan 'Harimau Kumbang' di bahu SM Muhammad Puzi bin Yacob dari Terup B, PSP Unit 1

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Ucapan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Penyampaian cenderahati oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA kepada YDH Ketua Polis Negara

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Ikrar Rukun Negara dan Taat Setia oleh YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Laungan tradisi PSP...Penghormatan tiga kali 'Serang' kepada YDH Ketua Polis Negara

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Panji Pasukan Simpanan Persekutuan dan Kawalan Kehormatan di arak keluar dari Medan Perbarisan

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri Pancang 12.

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Demo rusuhan di pertontonkan kepada hadirin yang hadir

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Unit Berkuda digandingkan juga untuk menyuraikan keadaan yang getir...

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Pasukan Simpanan Persekutuan menyuraikan perusuh-perusuh

Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan Yang Ke 54 Tahun
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM