Majlis Penyerahan Cek Dari Henikwon Corporation Sdn Bhd
Bukit Aman - 15 Disember 2009. Majlis Penyerahan Cek dari Henikwon Corporation Sdn. Bhd telah berlangsung di Auditorium Tingkat 14, Bukit Aman pada jam 3.30 petang hari ini.
Cek bernilai RM100,000 itu telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Bryce B. H. Kwon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Henikwon Corporations Sdn. Bhd kepada YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara.
Henikwon Corporations Sdn. Berhad telah menyumbangkan kali pertama pada November 2006 sebanyak RM100,000 kepada Cawangan Kebajikan PDRM . Wang tersebut telah disalurkan kepada anak-anak pegawai serta anggota PDRM yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan Matrikulasi.
Sumbangan kali ini juga akan disalurkan bagi tujuan pendidikan kepada lebih 700 anak-anak warga Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama menyaksikan penyerahan cek tersebut ialah YDH CP Datuk Akhil bin Bulat, Pengarah Cawangan Khas, YDH DCP Dato' Zubaidah bt Md. Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik, YDH DCP Dato' Othman bin Harun Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Narkotik, YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah Timbalan Pengarah (Risilkan/Operasi) JSJ,YDH DCP Dato' Abdul hamid bin Bador, Timbalan Pengarah 1 Cawangan Khas, YDH SAC I Dato' Zaleha binti Abd. Rahman , Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC I Datuk Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah (D1) Perancang/Strategi JSJ dan Supt. Azizi bin Mat Aris, Pegawai Kebajikan Pasukan PDRM.

Cek bernilai RM100,000 disampaikan oleh YBhg. Dato' Bryce B. H. Kwon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Henikwon Corporations Sdn. Bhd kepada YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara

Cenderahati dari YDH Ketua Polis Negara kepada YBhg. Dato' Bryce B. H. Kwon