Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Hari Polis Marin Ke 75 Meriah Penuh Makna

Published: 04 Oct 2022 2.53 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 4 Oktober 2022 - Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-75 Tahun di Dataran Kawad, Markas Polis Marin Wilayah 1 dekat Batu Uban di sini, meriah dan penuh bermakna, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-polis-marin-ke-75-meriah-penuh-makna
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:08 MYT
Georgetown, 4 Oktober 2022 - Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-75 Tahun di Dataran Kawad, Markas Polis Marin Wilayah 1 dekat Batu Uban di sini, meriah dan penuh bermakna, pagi tadi.

Lebih istimewa, sambutan tersebut disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dengan diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali bersama Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Rosman Ismail.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Dato' Shuhaily Mohd Zain, Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Fadziah Abdul Hamid serta Pengerusi PERKEP PPM, Puan Hamidah Mohammed.

Sambutan pagi tadi dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama oleh Tan Sri Acryl Sani sejurus tiupan "boatswain call" sebagai simbolik ketibaan beliau.

Perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Sri Vikneswaran Renganathan dengan dibantu Penolong Pegawai Pemerintah Baris, ASP Mohd Naser Marzuke itu disertai 102 pegawai dan anggota termasuk pembawa Panji-panji PPM, Inspektor Wong Weng Kar.

Majlis sambutan kemudiannya disusuli dengan penyampaian Sijil Penghargaan KPN kepada 57 penerima dari seluruh wilayah marin dalam Kontinjen Polis Diraja Malaysia.
Acara sama turut berlangsung ialah deklamasi sajak bertajuk 'Perjuangan Polis Marin' yang disampaikan oleh ASP Amran Che Mohd Noor dan Koperal Mohd Shahir Alimin yang segak menggayakan uniform lama PPM, serta "fleet review" kapal bersama bot ronda PPM di Jeti Markas PPM Wilayah 1 sebagai acara kemuncak sambutan tadi.

Tan Sri Acryl Sani dalam ucapannya juga menyeru warga PPM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara, sebagai benteng keselamatan di perairan negara.

"Semoga warga Pasukan Polis Marin terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh dedikasi serta didoakan jua, semoga pasukan ini akan terus mengorak langkah tanpa gentar menghadapi cabaran sepertimana Sang Saka Biru yang sentiasa berkibar megah dan disegani", ujar beliau.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan), CP Dato' Khaw Kok Chin, Ketua Staf Operasi National Task Force, DCP Dato' Yusoff Hj. Mamat, barisan Komander Jabatan KDNKA, ahli-ahli PERKEP, bekas-bekas Komander PPM dan rakan-rakan media.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Koperal Muhamad Iqtar Azmi dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

ArticlePublished 04 Oct 2022 2.53 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM