
Artikel
Taklimat Persiapan Pru Ke 15 Kontinjen Pulau Pinang Kepada Kpn
Georgetown, 4 Oktober 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi meneruskan lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis...
Georgetown, 4 Oktober 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi meneruskan lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang seusai majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 Tahun 2022, dekat Batu Uban pagi tadi.
Beliau bersama barisan Ketua Jabatan IPK Pulau Pinang (PDRM Pulau Pinang) dan Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Pulau Pinang juga sempat mengabdikan kenangan bergambar di lobi utama bangunan IPK, sebelum ke bilik mesyuarat utama di tingkat bawah.
Taklimat persediaan PRU kemudiannya disampaikan oleh Dato' Mohd Shuhaily, sebelum disusuli dengan taklimat daripada Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang, SAC Winston Tan Thye Wah.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Koperal Muhamad Iqtar Azmi dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.