Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Hari Polis Ke 208 Polis Mesra Masyarakat

Diterbitkan: 25 Mar 2015 11.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR: Selari dengan perubahan zaman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memberi tumpuan dengan mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai supaya peka kepada persekitaran bagi menutup peluang berlakunya jenayah di kawasan masing-masing.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-polis-ke-208-polis-mesra-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:09 MYT
KUALA LUMPUR: Selari dengan perubahan zaman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memberi tumpuan dengan mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai supaya peka kepada persekitaran bagi menutup peluang berlakunya jenayah di kawasan masing-masing.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi mcmperkasakan lagi peranan PDRM dalam usaha pencegahan jenayah, kerjasama dengan agensi kerajaan, badan berkanun, orang awam, institusi pengajian tinggi, sekolah, syarikat korporat dan sebagainya amat diperlukan.

"Jika dulu PDRM menggunakan kaedah tradisional yang memberi fokus kepada tindak balas jenayah sebelum mengambil tindakan seperti menangkap penjenayah, namun kini perlu diubah bagi memastikan aktiviti jenayah dapat dikekang.

Kejayaan pasukan polis bukan saja membabitkan penangkapan jenayah, menjadi tanggungjawab kami untuk menyenangkan hati masyarakat awam.

Menurutnya JPJKK mcmberi fokus terhadap membanteras jenayah pecah rumah, samun dan samun tepi jalan atau ragut kerana berdasarkan kajian dilakukan, jenayah ini sering menjadi igauan masyarakat.

Tambahnya, menerusi kajian dijalankan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), masyarakat masih lagi mengatakan negara ini belum selamat walaupun pada hakikatnya, polis mengurangkan kadar jenayah secara kolektifnya 30 peratus bagi tempoh dari 2011 hlngga 2014.

"Saya percaya, orang ramai memerlukan perkhidmatan polis yang berjiwa atau mesra masyarakat.

"Jika dulu mereka Iihat polis ini individu yang kasar, serius dan sentiasa tegas, tetapi kini saya mahu mereka tidak berasa gusar untuk mendekati kami serLa laporkan apa yang sepatutnya,' katanya.
Sambutan Hari Polis Ke 208 Polis Mesra Masyarakat
Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 25 Mar 2015 11.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM