Majlis Berbuka Puasa Pengarah Jabatan Kdn Ka Pdrm
Oleh : L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
MAJLIS BERBUKA PUASA PENGARAH JABATAN KDN/KA PDRM
Kuala
Lumpur, 31 Julai – Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh dengan
keberkatan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman
Awam (KDN/KA) PDRM, YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid telah mengadakan
Majlis Berbuka Puasa bersama warga Briged Tengah PGA dan Polis Simpanan
Persekutuan (PSP) Cheras, Kuala Lumpur petang tadi bertempat di
perkarangan Masjid Al-Amin Briged Tengah PGA, Cheras.
Turut
dihadiri di majlis ini ialah YDH Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan
KDN/KA bersama isteri, YDH Komander-Komander Briged PGA dan Komandan
bersama isteri, Pegawai-pegawai kanan, anggota, kakitangan awam, ahli
PERKEP, dan tetamu jemputan.
Majlis berakhir dengan solat sunat terawih secara berjemaah yang diadakan di Masjid Al-Amin Briged Tengah PGA dan moreh.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Jabatan KDN/KA


Ketibaan YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA

YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid menandatangani Buku Pelawat
Sekitar Majlis Berbuka Puasa







Menanti watktu untuk berbuka




Majlis solat sunat terawih di Masjid Al-Amin Briged Tengah PGA

