Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014

Published: 11 Jul 2014 1.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sambutan Hari Inovasi PDRM 2014 dan Penutupan Sambutan Peringatan Hari Polis 2014 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Padang Majlis Perbandaran S..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-inovasi-pdrm-2014
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:44 MYT
SAMBUTAN HARI INOVASI PDRM 2014
Berita : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan


SEREMBAN, 25 Jun 2014 - Sambutan Hari Inovasi PDRM 2014 dan Penutupan Sambutan Peringatan Hari Polis 2014 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Padang Majlis Perbandaran Seremban petang tadi.

Hari Inovasi PDRM 2014 tahun ini yang bertemakan 'Kreativiti dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan' akan dapat memberikan lebih banyak informasi kepada warga PDRM terhadap usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pasukan dalam meningkatkan dan mengukuhkan keberhasilan perkhidmatan PDRM.


Aktiviti atau program yang dijalankan di bawah agenda inovasi ini akan terus dipergiatkan sebagai usaha untuk merubah dan meningkatkan tahap perkhidmatan pasukan kearah slogan 'Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan'.


Dimajlis yang sama juga, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara turut merasmikan 'Program Memperkasakan Kerjasama Strategik Melalui Kolaborasi Dan Integrasi Antara PDRM Bersama Agensi-Agensi Polis Bantuan Negeri Sembilan'.


"Tahniah kepada seluruh warga PDRM Kontinjen Negeri Sembilan kerana berjaya mengorak langkah secara proaktif bersama agensi-agensi Polis Bantuan dalam usaha membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah", kata YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Padang Majlis Perbandaran Seremban hari ini ialah pameran dari pelbagai agensi, persembahan T-Baton Polis Bantuan Sime Darby, Persembahan K9 Polis Bantuan Felda dan persembahan dari Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Kontinjen Negeri Sembilan.


Turut hadir di majlis ialah Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Ketua Polis Negeri, Komander Briged PGA, Pegawai Kanan Polis dan tetamu jemputan.

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara di padang Majlis Perbandaran Seremban...

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Ucapan Perasmian Hari Inovasi PDRM dan Penutupan Peringatan Hari Polis Tahun 2014

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Gimik perasmian 'Program Memperkasakan Kerjasama Strategik Melalui Kolaborasi Dan Integrasi Antara PDRM Bersama Agensi-Agensi Polis Bantuan Negeri Sembilan'.

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Antara yang hadir...

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Persembahan T-Baton Polis Bantuan Sime Darby

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Persembahan K9 dari Polis Bantuan Felda

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Persembahan menarik dari jabatan Siasatan Jenayah (D9) IPK Negeri Sembilan.

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Antara gerai pameran PDRM

Sambutan Hari Inovasi Pdrm 2014
Bergambar kenangan...
ArticlePublished 11 Jul 2014 1.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM