Kreativiti Dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan
Berita : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
Seremban,
25 Jun 2014 - "Pendedahan, pengalaman dan cabaran yang dilalui
sepanjang pertandingan ini akan terus dimanfaatkan sehingga ia berupaya
mencetus satu anjakan dari segi prestasi dan budaya kerja terutamanya
dalam mengukuhkan bidang-bidang yang kritikal", ucap YDH DCP Dato' Haji
Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan ketika merasmikan
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014 di Hotel
Royale Bintang, Seremban pada 24 Jun 2014.
Sebanyak
13 pasukan telah bertanding di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK) PDRM Tahun 2014 yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori
Pengurusan ( 5 pasukan) dan Kategori Teknikal ( 8 pasukan).
Bertemakan
'Kreativiti dan Inovasi Tonggak Merekayasa Kepolisan' Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014 adalah satu
inisiatif PDRM untuk menerapkan konsep 'knowledge-based dan
creativity-driven' bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang
akan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan kepolisan yang turut
menyumbang faedah terhadap masyarakat.
Semenjak
diperkenalkan serta diimplimentasikan pada tahun 2001 dan
diperkembangkan selepas tahun 2011, PDRM telah menghasilkan sebanyak 172
produk inovasi yang dapat digeneralisasi di pelbagai peringkat dari
tahun 2001 hingga 2013.
Antara
kejayaan yang dicapai oleh PDRM, Kumpulan TARGET dari Briged Utara PGA
telah muncul sebagai Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Kementerian
Dalam Negeri pada tahun 2013 bagi Kategori Teknikal manakala Kumpulan
Bunga Api dari Jabatan Logistik (Persenjataan) mengorak selangkah ke
hadapan dengan meraih Anugerah 3 Bintang iaitu 10 Produk Terbaik dalam
Kategori Sektor Awam di Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC)
Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC).
Kejayaan
tersebut telah melayakkan Kumpulan Bunga Api untuk bertanding di
Konvensyen International Exposition On Team Excellence (IETEX) 2014 bagi
mewakili Malaysia di Singapura pada 25 hingga 27 Jun 2014.
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negeri Sembilan...
Antara yang hadir...
Ahli Jawatankuasa Kerja.....
Ucapan oleh YDH SAC Dato’ Zainal Abidin bin Kasim, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan)
Ucapan perasmian oleh YDH DCP Dato' Haji Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan
Gimik perasmian....
Memperkenalkan pasukan...
Barisan panel penilai dan pencatit masa...
Kumpulan WISE dari IPD Petaling Jaya, merekabentuk dan mencipta ruang penyimpanan peralatan SJR Kit Box
Kumpulan LABOUR dari Batalion 8 PGA dengan tajuk projek, pengurangan kos elektrik disebabkan penggunaan pendingin hawa
Persembahan Kumpulan Top Gear..Sistem amaran awam enjin
Persembahan Kumpulan Progresif dari Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan tajuk projek : Kesukaran dalam mengawal dan mengesan pergerakan fail
Kumpulan Rated-X dari Jabatan Logistik Kontinjen Sarawak, Tajuk Projek : Masalah yang dihadapi oleh anggota Unit Pemusnah Bom
Kumpulan U-7 dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Seremban. Tajuk Projek : Kerosakan peralatan dalam kabin enjin pam disebabkan limpahan air
Kumpulan Stay Focused dari Kompleks SMS PDRM. Tajuk Projek : Pol. 41 Apps
Kumpulan T-Malim dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjong Malim, Slim River, Perak. Tajuk Projek : Casing Protector
Kumpulan ICom dari Bahagian Komunikasi Jabatan Logistik Bukit Aman. Tajuk projek : Intruder Monitoring Sensor
Kumpulan X-Calibur dari Bahagian Persenjataan Jabatan Logistk Bukit Aman. Tajuk projek : Membina robotic vehicle yang ekonomik
Kumpulan InfoT dari Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Logistk.Tajuk projek : Laman Interaktif Trafik
Kumpulan My Stripe dari Cawangan Trafik Bukit Aman .Tajuk projek : Pendaftaran Saman Pol. 170A Had laju kurang memuaskan
Kumpulan D' Cradle dari Bahagian Teknologi Maklumat, Maktab PDRM Kuala Lumpur. Persembahaan kumpulan dengan projek, Sistem Kursus dan Integrasi Latihan MPDRMKL