
Article
Saman Jpj Pdrm Akan Diintegrasi Dalam Satu Pangkalan Data
Putrajaya, 24 Disember 2022 - Semua saman yang dikeluarkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diinte...
Putrajaya, 24 Disember 2022 - Semua saman yang dikeluarkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diintegrasikan ke dalam satu pangkalan data mulai tahun depan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ia termasuklah memudahkan penguatkuasaan terhadap pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).
"Sistem KEJARA itu masih aktif, namun untuk tahun hadapan kita akan mengintegrasikan sistem saman PDRM dan JPJ kerana kita nampak ia akan lebih efektif.
"Apabila seseorang itu mendapat saman daripada polis atau JPJ, sistem akan dapat rekodkan maklumat itu dengan cepat, tidak perlu bergantung kepada kemasukan secara manual," katanya kepada BH.
Sistem KEJARA adalah prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan yang tersenarai mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.