Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Saman Jpj Pdrm Akan Diintegrasi Dalam Satu Pangkalan Data

Diterbitkan: 24 Dec 2022 3.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 24 Disember 2022 - Semua saman yang dikeluarkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diintegrasikan ke dalam satu pangkalan data mulai tahun depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/saman-jpj-pdrm-akan-diintegrasi-dalam-satu-pangkalan-data
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:04 MYT
Putrajaya, 24 Disember 2022 - Semua saman yang dikeluarkan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diintegrasikan ke dalam satu pangkalan data mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, langkah integrasi itu membolehkan sistem saman yang dikeluarkan dua agensi penguat kuasa itu, akan lebih berkesan atau efektif dalam aspek penguatkuasaannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia termasuklah memudahkan penguatkuasaan terhadap pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

"Sistem KEJARA itu masih aktif, namun untuk tahun hadapan kita akan mengintegrasikan sistem saman PDRM dan JPJ kerana kita nampak ia akan lebih efektif.

"Apabila seseorang itu mendapat saman daripada polis atau JPJ, sistem akan dapat rekodkan maklumat itu dengan cepat, tidak perlu bergantung kepada kemasukan secara manual," katanya kepada BH.

Sistem KEJARA adalah prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan yang tersenarai mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 24 Dec 2022 3.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM