Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Salehhudin Pangku Jawatan Timb Pesuruhjaya Polis Sabah

Published: 10 Apr 2015 12.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 9 April - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman dilantik sebagai pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah berikutan persaraan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malek Harun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/salehhudin-pangku-jawatan-timb-pesuruhjaya-polis-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:21 MYT


Kota Kinabalu, 9 April - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman dilantik sebagai pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah berikutan persaraan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malek Harun.

Majlis serah terima tugas antara Salehhudin dan Abdul Malek, yang bersara wajib esok berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini dengan disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abul Rahman.

Salehhudin yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundangan) Sabah pada tahun lalu.

Jalaluddin dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada bekas timbalannya kerana komited dalam menjalankan tugas sepanjang memegang jawatan itu selama setahun lapan bulan.

"Beliau telah memberikan sokongan padu pada saya dan bekerjasama, tidak pernah membantah pandangan dan arahan saya, itulah dia orang nombor dua," katanya.

Sementara itu, Abdul Malek yang telah bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 39 tahun mengingatkan semua anggota di setiap peringkat jabatan agar sentiasa taat setia dan menghormati organisasi sedia ada bagi melahirkan sebuah pasukan polis yang unggul.

"Jika ada ciri-ciri ini, ia akan melahirkan pasukan yang kuat dan tidak ada pengaruh akan dapat mengganggu gugat," katanya.

BERNAMA

ArticlePublished 10 Apr 2015 12.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM