Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lima Pelajar Disyaki Pengedar Dadah

Diterbitkan: 10 Apr 2015 12.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuching, 9 April - Polis menahan enam orang termasuk lima pelajar kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah kedai Chonglin Park, Jalan Tabuan di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lima-pelajar-disyaki-pengedar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:53 MYT


Kuching, 9 April - Polis menahan enam orang termasuk lima pelajar kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah kedai Chonglin Park, Jalan Tabuan di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz berkata, mereka merupakan pelajar sebuah kolej swasta di sini. Kesemua mereka berumur 21 dan 24 tahun.Seorang daripada mereka adalah penganggur.

Katanya, mereka ditahan semasa sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching membuat serbuan di situ pada 1.55 tengah hari.

“Hasil serbuan, polis merampas sejumlah dadah dipercayai jenis ganja seberat 89.21gram bernilai RM2,200 berdasarkan harga semasa,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Fauzilan berkata keputusan ujian saringan awal polis mendapati kesemua suspek positif dadah.

Katanya semakan ke atas rekod jenayah mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 16 April untuk siasatan lanjut.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Apr 2015 12.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM