Saksi Langgar Lari Diminta Tampil Bantu Siasatan
Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek dan kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga meragut nyawa seorang penunggang motosikal, pada 11 April lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fan Hin berkata kerjasama itu bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang berlaku berdekatan Lintang Bayan Lepas. Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Roszaimie Mohd Ramli di talian 04 6429622 atau 013-5881901 untuk membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian