Rumah Terbuka Aidilfitri Pdrm Atm Bersama Masyarakat
oleh : L/Kpl Edwind Indo
foto : L/Kpl Edwind Indo & Konst Iqtar Azmi
KUALA
LUMPUR, 8 September - Kira-kira 5,000 orang terdiri daripada segenap
lapisan bangsa dan agama hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM
dan ATM Bersama Masyarakat, hari ini.
Rumah
terbuka yang julung kalinya diadakan ini bermula dari pukul 2.00 petang
hingga 5.00 petang. Majlis menyajikan pelbagai juadah dan hidangan
tradisi Malaysia seperti lemang, ketupat, rendang serta beranika jenis
kuih muih kepada tetamu-tetamu yang hadir.
DYMM Seri Paduka
Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan
Badlishah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah binti
Hamidun, mencemar duli turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
PDRM dan ATM Bersama Masyarakat.
Turut
hadir memeriahkan lagi majlis, Menteri-menteri serta barisan pemimpin
negara dan isteri. Turut hadir sama Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri
Zulkifeli Mohd. Zin, Panglima Angkatan Tentera bersama isteri, Y.Bhg
Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang, YDH Tan Sri Dato' Seri
Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri Y.Bhg. Puan
Sri Datin Seri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP
Malaysia, Dif-dif jemputan dan juga duta-duta negara asing.












Sekitar ketibaan Dif-dif Jemputan

Keberangkatan
tiba DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam
Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah bersama Raja Permaisuri Agong
Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun

Lagu Negaraku dimainkan





























Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM-ATM Bersama Masyarakat

Persembahan Cenderahati kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun


DYMM
Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni
Al-Marhum Sultan Badlishah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah
Haminah binti Hamidun mencemar duli bergambar kenangan

Keberangkatan
DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni
Al-Marhum Sultan Badlishah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah
Haminah binti Hamidun meninggalkan majlis


Pemberian Sampul Raya kepada kanak-kanak

Sidang Media

Isteri-isteri pucuk pimpinan tertinggi PDRM dan ATM