Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi

Diterbitkan: 12 Jun 2014 4.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kepada yang akan menyambut perayaan di kampung, gunakanlah Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh didapati di Portal Laman Web Rasmi PDRM. Cetak dan lengkapkan borang tersebut, dan serahkan kepada b..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rumah-selamat-sampai-ke-destinasi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

Oleh : L/Kpl Edwind Indo
Foto : L/Kpl Edwind Indo & L/Kpl Helmi bin Saadin

PETALING JAYA, 25 Januari - Petang tadi berlangsung satu Majlis Pelancaran OP Selamat II. Bersamaan tema "Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi", OP Selamat II ini masih menitik-beratkan elemen-elemen tabiat dan sikap yang melibatkan keselamatan nyawa dan harta benda.

Operasi yang akan bermula pada 3 sehingga 17 Februari ini bukan hanya melibatkan Cawangan Trafik sahaja, tetapi juga melibatkan keseluruhan jabatan PDRM bagi memastikan kadar kemalangan jalanraya dapat diturunkan, kelancaran lalu-lintas dan menurunkan kadar jenayah terutamanya pecah rumah ke tahap yang paling minimum.

Turut membantu dan menjayakan kempen keselamatan rumah dan jalan raya ini ialah PLUS, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, MIROS, Konsesi-Konsesi Lebuhraya, Pihak Media dan Prince Court Medical Centre.

OP Selamat II telah dirasmikan oleh YDH CP Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam.

"Kepada yang akan menyambut perayaan di kampung, gunakanlah Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh didapati di Portal Laman Web Rasmi PDRM. Cetak dan lengkapkan borang tersebut, dan serahkan kepada balai polis yang berhampiran. Anggota polis akan membuat rondaan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menentukan keselamatan rumah-rumah yang ditinggalkan sepanjang musim perayhaan nanti", pesanan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA dalam ucapan perasmian beliau.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PLUS Malaysia Berhad sekali lagi memberi kerjasama menjadi penaja utama untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kempen keselamatan. Bagi pihak PDRM, saya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi ini. Di akhir operasi nanti, PDRM dan pihak penaja akan menyampaikan Anugerah Pemanduan Berhemah kepada pengguna jalan raya daripada pelbagai kategori. Akhir kata, saya dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraihkannya. Memandulah dengan berhemah di jalan raya", YDH Pengarah KDN/KA mengakhiri ucapan perasmian beliau.

Hadir sama majlis petang tadi Y.Bhg Dato' Ir. Haji Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Y.Bhg Dato' Noorizah binti Abd Hamid, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Y.Bhg Datuk Kamarudin Bin Md Ali, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Y.Bhg Dato' Teo Chiang Kok, Pengarah 1 Utama Shopping Centre, YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Y.Bhg Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, Y.Bhg Ketua-Ketua dan Wakil-Wakil Persatuan Penduduk, Y.Bhg Pegawai-Pegawai Kanan PLUS, YDH Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Y.Bhg Agensi-Agensi Penyelamat, Y.Bhg Dif-Dif Jemputan dan Wakil-wakil Media.

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan menyambut ketibaan tetamu

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Ketibaan YDH Timbalan Pengarah dan Pegawai-Pegawai PDRM

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Ketibaan YDH CP Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam disambut oleh YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
YDH Pengarah KDN/KA bersama dengan Ketua-Ketua Pengarah Jabatan membantu dan menjayakan kempen keselamatan rumah dan jalan raya

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Antara yang hadir

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Bacaan doa oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Pengacara Majlis

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Noorizah binti Abd Hamid, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Ucapan balas oleh YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Persembahan Tarian Singa

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Gimik pelancaran

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Bergambar kenangan

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Flag Off petugas yang terlibat di dalam OP Selamat II

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Penyampaian Cenderahati kenangan

Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Turut dibuka pameran dan kaunter semakan saman



Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi
Sidang media

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 4.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM