Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rukun Islam Ke 5 Buat Wira Wira Lahad Datu

Published: 12 Jun 2014 9.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hari ini Lembaga Tabung Haji yang di wakili oleh Y.Bhg Dato’ Paduka Ismee Ismail, Group Managing Director&Chief executive Officer Lembaga Tabung Haji menyumbangkan Badal Haji kepada enam orang anggota..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rukun-islam-ke-5-buat-wira-wira-lahad-datu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:06 MYT
Kuala Lumpur, 17 Jan – Badal Haji adalah 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam.

Hari ini Lembaga Tabung Haji yang di wakili oleh Y.Bhg Dato’ Paduka Ismee Ismail, Group Managing Director&Chief executive Officer Lembaga Tabung Haji menyumbangkan Badal Haji kepada enam orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beragama islam yang gugur dalam tragedi Lahad Datu Febuari tahun lalu.

Barisan kepimpinan tertinggi PDRM, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama-sama, YDH Datuk Seri Bakri Bin Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara berbesar hati menerima sumbangan tersebut bahkan kesyukuran ini turut dikongsi oleh seluruh warga PDRM.

Wira-wira yang menerima sumbangan ini adalah mereka yang gugur sebelum sempat menunaikan ibadah rukun islam ke lima ini iaitu "menunaikan ibadah Haji", justeru itu, dengan Badal Haji ini mereka akan dapat menunaikan ibadah tersebut seterusnya melengkapkan kelima-lima rukun islam yang dituntut oleh agama rasmi negara ini.
Anggota dan pegawai PDRM yang menerima sumbangan Badal Haji ini ialah :-
1) ASP G/17992 Zulkifli Bin Mamat
2) SJN 113088 Sabarudin Bin Daud
3) SM 110204 Baharin Bin Hamit
4) SM 124082 Abd Aziz Bin Sarikon
5) KPL 160475 Mohd Azrul Bin Tukiran
6) SJN/S 12675 Salam Bin Tugiran

ACP G/10768 Ibrahim Bin Lebar yang telah menyempurnakan ibadah haji serta DSP G/15053 Michael Ak Padel juga akan sentiasa dalam ingatan setiap warga Malaysia diatas khidmat bakti mereka mempertahankan kedaulatan negara hingga ke titisan darah terakhir.

Rukun Islam Ke 5 Buat Wira Wira Lahad Datu
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menyambut ketibaan Y.Bhg Dato’ Paduka Ismee Ismail, Group Managing Director & Chief executive Officer Lembaga Tabung Haji.

Rukun Islam Ke 5 Buat Wira Wira Lahad Datu 
Sesi perbincangan di Bilik Tetamu.

Rukun Islam Ke 5 Buat Wira Wira Lahad Datu 
Rukun Islam Ke 5 Buat Wira Wira Lahad Datu
Rukun Islam Ke 5 Buat Wira Wira Lahad Datu
 Sepanjang sesi penyerahan sumbangan.
ArticlePublished 12 Jun 2014 9.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM