Pdrm Terima Lawatan Delegasi Policia Nacional De Timor Leste
Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Kpl Edwind Indo, Kpl Mohd Shareel & L/Kpl Raymond Martin
PDRM TERIMA LAWATAN DELEGASI POLICIA NACIONAL DE TIMOR-LESTE
Bukit
Aman, 17 Feb – Sejak tahun 1999 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat
pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam menjaga keamanan di Timor
Leste menerusi Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),
PDRM telah menjalankan tanggungjawab diberikan dengan cemerlang bukan
sahaja dari segi kerja-kerja meronda tetapi pada masa sama mempunyai
kemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu terutama teknologi
maklumat.
Dalam terus mengukuhkan hubungan dua hala Delegasi
Policia Nacional De Timor-Leste (PNTL) telah mengadakan lawatan kerja
rasmi Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi.
Delegasi PNTL yang
diketuai oleh Chief Superintendent Faustino Da Costa, Inspector General
Of Policia Nacional De Timor Leste tiba di perkarangan Menara satu dan
disambut mesra oleh SAC Mat Kasim B Karim, etua Penolong Pengarah
Jabatan Logistik (Teknologi Maklumat).
Antara lain tujuan utama
lawatan kerja delegasi tersebut adalah mendalami ilmu kepolisan yang
diamalkan PDRM daripada aspek sistem pengurusan pentadbiran komunikasi,
keselamatan, sumber manusia dan latihan asas kepolisan.








17 Feb 2014 : Lawatan ke Tingkat 8 Menara 1, Cawangan Teknologi Maklumat PDRM





17 Feb 2014 : Lawatan ke Basement Menara 1 Bukit Aman, Pusat Kawalan Malaysia








17 Feb 2014 : Lawatan ke Tingkat 30 Menara 2 Bukit Aman, Pejabat Pengarah Pengurusan PDRM





















18 Feb 2014 : Lawatan delegasi ke Federal Reserve Unit di Markas FRU, Cheras






18 Feb 2014 : Lawatan delegasi ke Pusat Latihan Polis, PULAPOL Kuala Lumpur








18 Feb 2014 : Lawatan delegasi ke Cawangan Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur









19 Feb 2014 : Lawatan delegasi ke Muzium Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur