
Rombakan Pengarah Pdrm Dua Pengarah Tukar Portfolio Dua Ketua Polis Negeri Dilantik Pengarah
Kuala Lumpur, 9 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 18 Ogos lalu telah mengumumkan penyusunan dan penstrukturan semula portfolio empat pengarah jabatannya. Ia melibatkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Jabatan Pengurusan, Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Seramai dua pengarah bertukar portfolio iaitu Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar yang mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan KDNKA dan Pengarah JSJN, CP Dato' Ramli Haji Din yang mengisi kekosongan tempat Dato' Sri Abd Rahim.
Dua Ketua Polis Negeri pula 'dinaikkan' pangkat menjadi Pengarah PDRM. Mereka adalah bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim yang dilantik menjadi Pengarah JLog dan bekas Ketua Polis Perak, CP Dato' Razarudin Husain @ Abd Rasid menggantikan Dato' Ramli.
Selain jawatan Pengarah jabatan, empat kepimpinan baharu dalam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) jabatan PDRM turut mewarnai penstrukturan semula portfolio jabatan dalam Pasukan.
Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA yang baharu, Datin Sri Anikah Othman telah menyerahkan jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan kepada bekas Pengerusi PERKEP JSJN, Datin Fauziah Md Khalis. Manakala Datin Fauziah pula menyerahkan jawatannya kepada penyandang baharu iaitu suri kepada Dato' Razarudin, Datin Zainah Othman.
Bekas Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur, Datin Seri Hajah Anizah pula menerima jawatan Pengerusi PERKEP JLog daripada pemangkunya, Datin Rosnuwati Haji Abdul Rahman dalam majlis itu.
Majlis Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi PERKEP kesemua jabatan terlibat itu telah berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
Berucap dalam majlis itu, Tan Sri Abdul Hamid berharap agar kepimpinan baharu PDRM dapat bersama-sama mengemudi bahtera pelayaran Pasukan ke arah mencapai visi dan misinya.
"Saya mendambakan kesediaan Dato Sri-Dato Sri dan Dato-Dato untuk terus berdiri ampuh bersama-sama saya, dalam meneruskan usaha serta perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu, bagi memastikan PDRM kekal relevan, sebagai agensi induk dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara," ucap beliau.
Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Ir. Zaiton Md Isa, barisan pengarah, pegawai-pegawai kanan PDRM serta rakan media.
Bergambar kenangan.
Bergambar kenangan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menandatangani buku pelawat.
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi PERKEP Polis Diraja Malaysia.
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di antara DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar upacara penyerahan tongkat kuasa Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di antara DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengarah Pengurusan di antara CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar dan CP Dato' Ramli Haji Din dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar upacara penyerahan tongkat kuasa Pengarah Pengurusan di antara CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar dan CP Dato' Ramli Haji Din dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di antara CP Dato' Ramli Haji Din dan CP Dato' Razarudin Husain @ Abd Rasid dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar upacara penyerahan tongkat kuasa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di antara CP Dato' Ramli Haji Din dan CP Dato' Razarudin Husain @ Abd Rasid dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi di antara DCP Dato' Shukri Abdullah dan CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar upacara penyerahan tongkat kuasa Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi di antara DCP Dato' Shukri Abdullah dan CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam di antara Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa dan Datin Sri Anikah Othman dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan di antara Datin Sri Anikah Othman dan Datin Fauziah Md Khalis dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di antara Datin Fauziah Md Khalis dan Datin Zainah Othman dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Logistik dan Teknologi di antara Datin Rosnuwati Haji Abdul Rahman dan Datin Seri Hajah Anizah Musa dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
Sidang media.