Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Crime Alert Keratan Akhbar Pilihan Awas Lelaki Ghairah Wanita Hamil

Diterbitkan: 09 Sep 2020 3.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 September 2020 - Jangan terkejut jika gambar anda yang sedang hamil berada dalam laman web lucah atau tersebar di mana-mana saluran media sosial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/crime-alert-keratan-akhbar-pilihan-awas-lelaki-ghairah-wanita-hamil
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 20:01 MYT

Kuala Lumpur, 9 September 2020 - Jangan terkejut jika gambar anda yang sedang hamil berada dalam laman web lucah atau tersebar di mana-mana saluran media sosial.

Ia sebagai 'modal' fantasi seks lelaki 'hidung belang' yang mempunyai penyakit mental dikenali maiesiophilia.

Maiesiophilia merupakan kelainan seksual dalam kalangan individu berpenyakit ini yang ghairah melihat ibu hamil kerana dianggap seksi walaupun berpakaian sopan.

Jika sebelum ini masyarakat gempar dengan kes pedofilia yang menyasarkan kanak-kanak sebagai simbol seksual penjenayah, kes maiesiophilia juga tidak boleh diambil ringan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima laporan daripada individu yang menjadi mangsa kes tersebut yang boleh mendorong kepada kegiatan jenayah, namun orang ramai perlu berhati-hati dalam berkongsi gambar di media sosial.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: text that says 'lhMAIAIM mwwahrahmamebamuka.com.my jika berada Awas lelaki ghairah' wanita hamil dengan pedofilia ambil terutama ib

ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2020 3.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM