Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rohingya Pdrm Ambil Langkah Pastikan Tiada Elemen Ancam Keselamatan Negara

Published: 22 May 2015 8.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 22 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kehadiran sekumpulan 7,000 pelarian Rohingya tidak mempunyai sebarang elemen yang boleh mengancam keselamatan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rohingya-pdrm-ambil-langkah-pastikan-tiada-elemen-ancam-keselamatan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:24 MYT


Ipoh, 22 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kehadiran sekumpulan 7,000 pelarian Rohingya tidak mempunyai sebarang elemen yang boleh mengancam keselamatan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata langkah berkenaan diambil memandangkan latar belakang individu dalam kumpulan itu tidak diketahui.

"PDRM sentiasa waspada semasa membuat dokumentasi dengan jabatan-jabatan seperti Imigresen bagi memastikan tidak ada elemen yang boleh mengancam keselamatan negara dalam kumpulan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Bersama Ketua Polis Negara ke-9 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Dato’ Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Perak Dato’ Osman Salleh dan Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.

Beliau berkata pihaknya juga mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan perairan negara bersama agensi lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Dalam pada itu, Khalid berkata lokasi penempatan 7,000 pelarian Rohingya di negara ini belum dikenal pasti.

"Kami masih menunggu, saya rasa Majlis Keselamatan Negara akan memanggil mesyuarat agensi-agensi yang terlibat dan akan membincangkan lokasi yang sesuai.

"Saya rasa lokasi yang mungkin kita buat ialah di kawasan utara negara kerana mudah untuk memindahkan mereka.

"Mungkin kerajaan boleh melihat untuk mendirikan pusat sementara ini di Pulau Pinang bagi memudahkan semua agensi menguruskan penempatan mangsa pelarian Rohingya ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata PDRM sentiasa berwaspada terhadap ancaman kumpulan IS.

"Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan negara kita tidak terus diancam dan sebarang usaha untuk melakukan apa juga bentuk keganasan di negara ini akan kita ambil tindakan," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 22 May 2015 8.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM