Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rogol Adik Abang Dipenjara 30 Tahun

Published: 29 Jun 2016 12.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
Kota Bharu - Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, semalam, selepas didapati bersalah tiga kali merogol adik kandungnya, dua tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rogol-adik-abang-dipenjara-30-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:25 MYT

Kota Bharu - Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, semalam, selepas didapati bersalah tiga kali merogol adik kandungnya, dua tahun lalu.
 
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap pemuda berusia 20 tahun terbabit.
 
Ketika kejadian tertuduh berusia 18 tahun, manakala mangsa berusia 15 tahun.
 
Tertuduh didakwa merogol mangsa dua kali pada 18 Jun 2014 iaitu pada jam 4.15 petang di sebuah rumah di Pasir Puteh dan antara jam 7 dan 8 malam di sebuah pondok kosong di Permatang Rambai, daerah sama.
 
Kali ketiga, kejadian berlaku pada 19 Jun 2014 pada jam 6 pagi di dalam bilik sebuah rumah di alamat di Pasir Puteh.
 
Sumber: Sinar Harian

Rogol Adik Abang Dipenjara 30 Tahun
ArticlePublished 29 Jun 2016 12.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM