Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

SINDIKET CURI MOTOSIKAL TUMPAS

Diterbitkan: 29 Jun 2016 1.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Kuala Kubu Bharu: Sindiket curi motosikal yang aktif di Hulu Selangor serta beberapa kawasan lain berjaya ditumpaskan dalam operasi yang dijalankan polis, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-motosikal-tumpas-20160629
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:39 MYT

Kuala Kubu Bharu: Sindiket curi motosikal yang aktif di Hulu Selangor serta beberapa kawasan lain berjaya ditumpaskan dalam operasi yang dijalankan polis, baru-baru ini.
 
Op Lejang Khas itu tertumpu di tiga lokasi iaitu di Lembah Beringin, Serendah dan Rasa.
 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, dalam operasi yang dijalankan dari 15 Mei hingga 25 Jun lalu, 30 motosikal dirampas.
 
"Dengan kejayaan ini polis percaya dapat menyelesaikan 17 kes berkaitan di kawasan Hulu Selangor, dua di Kuala Selangor dan masing-masing satu di Ampang; Sentul dan Dang Wangi, Kuala Lumpur serta Kangar, Perlis," katanya.
 
Sumber: Harian Metro

SINDIKET CURI MOTOSIKAL TUMPAS
ArtikelDiterbitkan 29 Jun 2016 1.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM