Rm58 Ribu Minuman Keras Elak Cukai Dirampas
Semporna,
24 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas minuman keras
pelbagai jenama dalam satu operasi yang dipanggil 'Op Tenggo
Papa'daripada sebuah lori di Kg Andong, Jalan Bubul, semalam.
Komander
PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata PPM Semporna telah menahan
sebuah lori yang membawa sejumlah minuman keras dari pelbagai jenama
dan pemeriksaan mendapati pemandu lori gagal menunjukan sebarang dokumen
pembelian atau surat kuasa Kastam.
"Dalam operasi itu, pihak kami telah menahan dua lelaki dan turut merampas sebuah lori serta minuman keras pelbagai jenama".
"Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan yang dianggarkan bernilai RM 108,136.00,” katanya lagi.
Tangkapan
dan rampasan dibawa ke Pejabat PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan
kes itu telah dirujuk di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna