Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rm58 Ribu Minuman Keras Elak Cukai Dirampas

Published: 18 Jun 2014 8.29 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Semporna, 24 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas minuman keras pelbagai jenama dalam satu operasi yang dipanggil ‘Op Tenggo Papa’daripada sebuah lori di Kg Andong, Jalan Bubul, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rm58-ribu-minuman-keras-elak-cukai-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:20 MYT

Semporna, 24 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas minuman keras pelbagai jenama dalam satu operasi yang dipanggil 'Op Tenggo Papa'daripada sebuah lori di Kg Andong, Jalan Bubul, semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata PPM Semporna telah menahan sebuah lori yang membawa sejumlah minuman keras dari pelbagai jenama dan pemeriksaan mendapati pemandu lori gagal menunjukan sebarang dokumen pembelian atau surat kuasa Kastam.

"Dalam operasi itu, pihak kami telah menahan dua lelaki dan turut merampas sebuah lori serta minuman keras pelbagai jenama".

"Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan yang dianggarkan bernilai RM 108,136.00,” katanya lagi.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pejabat PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes itu telah dirujuk di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Rm58 Ribu Minuman Keras Elak Cukai Dirampas
Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.29 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM