Rm549 Juta Bangun 11 Projek Logistik Bangunan Pdrm
KUALA
LUMPUR, 1 Ogos - "Sebanyak RM549 Juta diperuntukkan bagi tujuan projek
logistik bangunan Polis Diraja Malaysia di sekitar Kuala
Lumpur dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan polis" ujar YDH
CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik
PDRM bertemu di Program Walkabout sekitar Bazar Ramadan, Tasik
Permaisuri, Cheras, petang semalam.
Peruntukan
tersebut antaranya Balai Polis Sri Petaling, Balai Polis Bukit Jalil,
bangunan tambahan PULAPOL Kuala Lumpur dan Balai Polis Traves yang
sedang digunakan masa kini.
Ibu
Pejabat Polis Daerah Sentul, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Balai
Polis Haramas, bangunan tambahan komunikasi PULAPOL Kuala Lumpur
dan bangunan tambahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur adalah
antara di dalam perlaksanaan pembangunan.
Kepadatan
pelanggan yang mengunjungi Bazar Ramadan tersebut digunakan PDRM untuk
beramah-mesra dan mempertingkatkan hubungan dengan masyarakat yang
sekian lama terjalin.
"Kehadiran
saya di sini adalah untuk bersama dengan masyarakat agar mereka serta
peniaga-peniaga akan merasa lebih selamat. Di sini saya juga berharap
agar kalangan masyarakat sentiasa mengamalkan sikap bantu-membantu dan
peka terhadap kejadian jenayah di sekeliling", tambah YDH Pengarah
Jabatan Logistik.
Hadir
sama ialah YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua
Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Azri bin Ahmad, Ketua Penolong
Pengarah (Pengangkutan) Jabatan Logistik, YDH SAC Mat Kasim bin Karim,
Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat), YDH ACP Mohan Singh A/L
Tara Singh, Ketua Polis Daerah Cheras, YDH Ketua-Ketua Jabatan IPPK
Kuala Lumpur, YDH Ketua-Ketua Polis Daerah Cheras dan rakan media.

YDH
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bersama YDH Ketua Penolong Pengarah
(Pengangkutan) Jabatan Logistik menanti ketibaan YDH Pengarah Jabatan
Logistik

Antara Pegawai-Pegawai Kanan Polis yang hadir

Ketibaan YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM

YDH Pengarah Jabatan Logistik PDRM disambut oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Tasik Permaisuri












Sekitar walkabout

Sidang media
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo