Artikel
Lagi Sindiket Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Negara
BUKIT AMAN, 1 Ogos – Kawalan ke pintu masuk utama negara khasnya KLIA akan diperketatkan berikutan percubaan menyeludup masuk dadah oleh warganegara asing kebe...
Wartawan : L/Kpl Irfan Bujang
Foto : L/Kpl Shareel Shahriman
BUKIT AMAN, 1 Ogos - Kawalan ke pintu masuk utama negara khasnya KLIA akan diperketatkan berikutan percubaan menyeludup masuk dadah oleh warganegara asing kebelakangan ini.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) baru-baru ini telah berjaya memintas dua percubaan penyeludupan dadah oleh warganegara Iran dan Guinea dalam dua kes yang berasingan.
Kes pertama menyaksikan tangkapan ke atas seorang wanita warganegara Guinea berusia 30 tahun di KLIA yang telah tiba pada 30 Julai dengan penerbangan dari Cairo ke Kuala Lumpur bersama rampasan 1kg syabu yang disembunyikan di ruangan beg yang dibawanya dan 515g lagi yang disorokkan di dalam seluar dalamnya.
Satu lagi tangkapan pula pada 26 Julai lalu ke atas seorang lelaki warganegara Iran berusia 41 tahun yang tiba dari Doha dengan hasil rampasan 1.15kg syabu yang disembunyikan dalam ruangan beg yang dibawanya.
Kedua-dua tangkapan ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

YDH Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) ketika sidang media.

Antara hasil rampasan

YDH Pengarah JSJN bersama Pegawai Penyiasat menunjukkan hasil rampasan.

Antara hasil rampasan.

Menunjukkan dadah yang disembunyikan di dalam seluar dalam.

Antara wartawan yang hadir.