Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rm549 Juta Bangun 11 Projek Logistik Bangunan Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 1 Ogos - 'Sebanyak RM549 Juta diperuntukkan bagi tujuan projek logistik bangunan Polis Diraja Malaysia di sekitar Kuala Lumpur dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan polis' uja..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rm549-juta-bangun-11-projek-logistik-bangunan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:49 MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - "Sebanyak RM549 Juta diperuntukkan bagi tujuan projek logistik bangunan Polis Diraja Malaysia di sekitar Kuala Lumpur dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan polis" ujar YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM bertemu di Program Walkabout sekitar Bazar Ramadan, Tasik Permaisuri, Cheras, petang semalam.

Peruntukan tersebut antaranya Balai Polis Sri Petaling, Balai Polis Bukit Jalil, bangunan tambahan PULAPOL Kuala Lumpur dan Balai Polis Traves yang sedang digunakan masa kini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Balai Polis Haramas, bangunan tambahan komunikasi PULAPOL Kuala Lumpur dan bangunan tambahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur adalah antara di dalam perlaksanaan pembangunan.

Kepadatan pelanggan yang mengunjungi Bazar Ramadan tersebut digunakan PDRM untuk beramah-mesra dan mempertingkatkan hubungan dengan masyarakat yang sekian lama terjalin.

"Kehadiran saya di sini adalah untuk bersama dengan masyarakat agar mereka serta peniaga-peniaga akan merasa lebih selamat. Di sini saya juga berharap agar kalangan masyarakat sentiasa mengamalkan sikap bantu-membantu dan peka terhadap kejadian jenayah di sekeliling", tambah YDH Pengarah Jabatan Logistik.

Hadir sama ialah YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Azri bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan) Jabatan Logistik, YDH SAC Mat Kasim bin Karim, Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat), YDH ACP Mohan Singh A/L Tara Singh, Ketua Polis Daerah Cheras, YDH Ketua-Ketua Jabatan IPPK Kuala Lumpur, YDH Ketua-Ketua Polis Daerah Cheras dan rakan media.

Rm549 Juta Bangun 11 Projek Logistik Bangunan Pdrm
YDH Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bersama YDH Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan) Jabatan Logistik menanti ketibaan YDH Pengarah Jabatan Logistik

Rm549 Juta Bangun 11 Projek Logistik Bangunan Pdrm
Antara Pegawai-Pegawai Kanan Polis yang hadir

Rm549 Juta Bangun 11 Projek Logistik Bangunan Pdrm
Ketibaan YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM

Rm549 Juta Bangun 11 Projek Logistik Bangunan Pdrm
YDH Pengarah Jabatan Logistik PDRM disambut oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Tasik Permaisuri

Sekitar walkabout

Rm549 Juta Bangun 11 Projek Logistik Bangunan Pdrm
Sidang media

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM