Rm30 Ribu Untuk Tabung Majlis Sukan Pdrm
Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : PF Siti Fatimah binti Abdul Manan
Kuala Lumpur, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sumbangan sebanyak RM30 ribu dan lima buah basikal daripada Felda Global Ventures Sdn. Bhd. di Bukit Aman, di sini hari ini.
Sumbangan yang bertujuan menampung Tabung Majlis Sukan PDRM itu sebagai lambang kerjasama yang telah terjalin sekian lama antara kedua-dua pihak itu, sementara lima buah basikal bagi kegunaan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).
Penyampaian ‘mock cheque’ dan ‘mock card’ basikal disempurnakan oleh Senior Vice President Felda Security Services Sdn. Bhd., Dato’ Jalaludin Ibrahim kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.
Turut menyaksikan majlis majlis penyerahan itu adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, warga Bukit Aman dan rakan media.
Senior Vice President Felda Security Services Sdn. Bhd., Dato’ Jalaludin Ibrahim menyampaikan ‘mock cheque’ bernilai RM30 ribu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar
Senior Vice President Felda Security Services Sdn. Bhd., Dato’ Jalaludin Ibrahim menyampaikan ‘mock card’ bernilai RM30 ribu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar