Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm

Published: 11 Jun 2014 3.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 12 Mei 2011- Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil, Menteri Pembangunan Keluarga & Masyarakat pada pagi ini telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Bahagian Siasatan Seksual / Kana..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rm-50-ribu-akan-disalurkan-ke-child-interview-centre-cic-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:48 MYT

Kuala Lumpur, 12 Mei 2011- Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada pagi ini telah mengadakan satu lawatan kerja ke Bahagian Siasatan Seksual / Kanak-Kanak D11, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan disambut mesra oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar.

 

Menurut  Y.B Dato' Seri Shahrizat bt Abd Jalil, sumbangan ikhlas sebanyak RM50 ribu akan disalurkan ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (Child Interview Centre) untuk tujuan peningkatan prasarana yang sedia ada dan apa jua program atau aktiviti yang akan dijalankan bagi kepentingan kanak-kanak.

 

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai peranan dan pelaksanaan Bahagian Siasatan Seksual dan Kanak-Kanak (D11) yang selama ini hanya didengar tanpa melihat sendiri keadaan dan cara mereka beroperasi.

Selain itu, lawatan ini juga sebagai satu kesinambungan kerjasama yang erat antara PDRM dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekaligus mendokong dan melaksana Dasar Wanita Negara, Dasar Kanak-Kanak Negara dan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara.

" Dalam menangani setiap kes jenayah, Polis Diraja Malaysia akan sentiasa mengambil langkah yang lebih proaktif dan efisien dalam menangani setiap kes dengan memaksimakan penggunaan teknologi dan sumber yang sedia ada seiring dengan peredaran zaman termasuklah " training and retraining " untuk terus melahirkan pegawai polis wanita yang professional, cekap dan berintegriti serta dapat membantu meningkatkan imej pasukan seiring dalam membela nasib kaum wanita dan kanak-kanak yang teraniaya ", kata YDH Ketua Polis Negara.

Katanya lagi, terdapat 3 Pusat Temuduga Kanak-Kanak pada masa ini termasuklah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Walaubagaimanapun PDRM sedang berusaha untuk mewujudkan Pusat Temuduga Kanak-Kanak di setiap negeri bagi tujuan mendapatkan keterangan saksi atau mangsa jenayah kanak-kanak yang dilaporkan.


" PDRM sangat berbesar hati di atas kepercayan kabinet yang melantik PDRM sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas bagi NUR ALERT bersama- sama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang melibatkan kes kehilangan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Ini menunjukkan PDRM amat prihatin dengan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak yang hilang ", katanya lagi.


Turut hadir di majlis yang sama ialah Y.B Senator Puan Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri Mohd. Bakri bin Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Y.Bhg. Dato' Noorul Ainur binti Muhd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YDH ACP Hamidah binti Yunus, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian D 11)  dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta kakitangan Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.


Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
 Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil menandatangani Buku Pelawat Bahagian Siasatan Seksual / Kanak-Kanak D11.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Kata-kata semangat yang ditulis oleh Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil di Buku Pelawat.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar memberi ucapan pada majlis ini.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil memberikan ucapan balas.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar menyampaikan cenderahati kepada Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil turut menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil di bawa melawat sekitar Pusat Temuduga Kanak-Kanak.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Y.B Senator Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil turut melawat bilik tidur Pusat Temuduga Kanak-Kanak tersebut.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Diberi penerangan berkaitan soal siasat yang akan dijalankan kepada kanak-kanak

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Anak-anak patung yang digunakan untuk tujuan siasatan bagi kes kanak-kanak.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Alatan mewarna juga antara peralatan tambahan yang juga digunakan dalam proses siasatan.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Bergambar kenang-kenangan bersama kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Gambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara dan  Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

Rm 50 Ribu Akan Disalurkan Ke Child Interview Centre Cic Pdrm
Gambar Kenangan bersama pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan awam  Bahagian Siasatan Seksual / Kanak-Kanak D11, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.


Wartawan  : L/Kpl Norliza binti Basrah
Jurufoto    : L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArticlePublished 11 Jun 2014 3.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM